Friday, September 23, 2011

Mohd Sabu cadang peperiksan PMR, SPM ditangguh

MARAN: Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu mencadangkan supaya peperiksaan PMR dan SPM bagi mata pelajaran sejarah tahun ini ditangguhkan kerana terdapat kekeliruan fakta pada masa ini.

Beliau berkata, sejak seorang profesor mengatakan negara ini tidak pernah dijajah (oleh Inggeris) dan Umno mendakwa golongan kiri bukan pejuang, berlaku kekeliruan dan ketakutan kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

“Saya bagi contoh buku sejarah Tingkatan 2 mengatakan Malaysia dijajah pada 1786 apabila tentera Biritish mendarat di Pulau Pinang pada tahun lalu menukar nama Bandar Tanjung kepada George Town dengan menaikkan bendera Union Jack.

“Tetapi selepas Profesor Zainal Kling mengatakan Malaysia tak pernah dijajah, saya percaya mereka takut menulis jawapan yang salah.

“Satu lagi, dalam buku sejarah Tingkatan 3 parti-pati pejuang kemerdekaan seperti Peta, PKMM, PKM, KMM dan lain-lain telah diharamkan Inggeris. Tetapi kalau ikut kenyataan pemimpin Umno sekarang mereka kata selain daripada bukan Umno itu bukan pejuang kemerdekaan,” katanya.
Tambah Mohamad, jadi jelas terdapat kekeliruan terutama kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM selain daripada orang ramai.

Mohamad menjelaskan demikian di hadapan kira-kira 4,000 orang semasa merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Maran sempena Majlis Jamuan Hari Raya di sini semalam.

PAS Maran awal tahun ini telah membeli sebuah bangunan dua tingkat menempatkan pejabat pentadbiran berjumlah RM250,000 secara tunai di tengah bandar Maran.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan kelab Alternatives Riding Club (ARC) Pemuda PAS Maran.

Mohamad Sabu berkata, beliau baru-baru ini telah doserang selama 16 hari 16 malam oleh media arus perdana milik Umno apabila ucapannya mula-mula diputarbelit.

Tambahnya, beliau pada 21 Ogos telah berceramah di kampungnya di Pulau Pinang berkenaan betapa kurangnya rakyat mengibarkan bendera melambangkan kurangnya semangat patriotik tidak seperti negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand.
“Tetapi ucapan saya telah di’spin’ di akhbar Utusan Malaysia pada 27 Ogos. Mereka guna isu itu kerana mereka tahu berdasarkan kajian yang mereka buat orang-orang Cina, India dan Melayu bandar 80% telah menolak BN.

“Oleh itu mereka memainkan isu komunis ini supaya masyarakat luar bandar terutama Melayu termakan isu itu kerana maklumat mereka hanya terhad kepada Utusan, Tv3 dan RTM.

“Enam belas hari 16 malam lamanya saya diserang dan akhirnya spin yang mereka buat dah makan tuan,” tegasnya.

Katanya, sekarang ini Umno dah bergaduh sesama sendiri apabila ada profesor kata Malaysia tak pernah dijajah.


3 comments:

  1. hello mat, aku takleh nak bayangkan dan rasionalkan mentaliti hang ke dalam diri aku...tak buleh la....cukup canggih...hidup mat sabu...!hidup TGNA...hidup PAS! takbiir...

    ReplyDelete
  2. Syabas Mat Sabu!!!!
    Samada dibandar maupun diluar bandar,orang melayu dah mula sedar.Rata rata mereka memilih PAS.Apa yang menakutkan puak puak UMNO ni,bekas bekas tentera dan polis memilih parti PAS setelah mereka bersara atau meninggalkan pasukan masing masing.Semasa dalam pasukan mereka tak boleh berbuat demikian kecuali jabatan jabatan lain seperti guru dan lain lain.Sapa berani pangkah selain dari BN?Kertas undi pos ada siri no!!!
    Macam macam cara mereka buat untuk menghentam YB Mat Sabu,antaranya menayangkan filem Bukit Kepong,memanggil waris waris anggota polis bukit Kepong dan jelajah Bukit Kepong dengan motor berkuasa tinggi.Ini semata mata untuk menarik perhatian orang orang Melayu...tapi kenapa Putra UMNO terus menyepi?
    Sebenarnya orang UMNO lah yang mengkhianati pasukan keselamatan!Contohnya Azeez Putra Umno.Penipu besar dan penyangak besar!Kepala penjenayah!
    Saya memang sangat sangat tak berpuas hati apabila YB Mat Sabu dipanggil keibu pejabat polis memberi keterangan.Kenapa Azeez Putra UMNO tidak ditahan dan dituduh diMahkamah kerana menipu dan menggunakan dokumen seorang anggotan Polis?Kurang ajar!!!Apa yang menghairankan mungkin dokumen untuk membeli kereta lain digunakan untuk membeli kereta setelah pembelian pertama dibatalkan oleh pembeli.Tanpa diketahui oleh anggota polis itu,Azeez telah menggunakan salinan dokumennya untuk membuat loan terhadap sebuah kereta lain.Yang amat menghairankan,setelah loan lulus tentu pehak bank memanggil peminjam dan penjamin untuk menandatangani surat persetujuan bagi mengeluarkan kereta itu.Siapa sign?Ini satu jenayah besar!Ini yang orang UMNO kata mengenang jasa anggota keselamatan?UMNO PEMBOHONG BESAR!Itu sebabnya UMNO akan tumbang dalam PU13.Orang kata kiamat akan berlaku pada tahun 2012.Ya!Tapi kiamat bagi UMNO dan BN!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. ade pembetulan yg hadir masa majlis di Maran. pengunjung politik yang hadir sekitar 600 ke 700 org sahaja bukan 4000 org seperti yg ditulis di atas, saya berada disana semasa acara bermula hingga akhir. tq

    ReplyDelete