KUANTAN: PKR Pahang kelmarin membuat dua laporan polis dan bantahan masing-masing terhadap Umi Hafilda Ali dan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintenden Abdul Razak Hassan berkaitan gangguan ceramah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lipis pada 25 November lalu.
Laporan polis dan bantahan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR Pahang Zaidi Ahmad, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi menyiasat dalang di sebalik gangguan terhadap ceramah Anwar sempena program rumah terbuka hari raya PKR Cabang Lipis di Budu, Benta itu.
Zaidi dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis, berkata program jamuan raya dan ceramah itu telah diadakan bersebelahan Sekolah Menengah Panglima Garang Sultan Abdul Samad.
Namun katanya, pada tarikh, tempat dan masa yang sama beliau dapati satu majlis jamuan hari raya yang lain diadakan betul-betul di hadapan tapak jamuan PKR itu dengan hanya jalan raya sahaja yang memisahkan kedua-dua program..
“Menurut Superintendan Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan majlis itu adalah anjuran Adun Benta Datuk Mohd Sofi Abdul Razak dan penceramah jemputannya ialah Umi Hafilda Ali.
“Apa yang dikesalkan banyak pihak ialah sepanjang ceramah Umi Hafilda dari jam 10.40 hingga 12 malam beliau Umi Hafilda mengeluarkan kata-kata kesat, kasar, lucah dan memaki hamun.
“Di antara perkataan yang dijeritkan binatang dan bodoh. Beliau turut menengking dan mengherdik. Pada saya jeritan Umi Hafilda itu amat tidak sesuai disampaikan dalam majlis hari raya malah mana-mana majlis dan tempat sekalipun,” katanya.
Tambah Zaidi, ramai yang hadir menemui beliai pada malam itu dengan menyatakan rasa kesal dan malu dengan ceramah Umi Hafilda yang begitu nyata mengganggu ceramah Anwar.
Katanya, lebih kurang pukul 11.10 malam beliau mengambil keputusan bertemu dengan beberapa orang anggota polis menyatakan bantahan terhadap ceramah Umi Hafilda itu tetapi mereka memberitahu tidak ada kuasa kerana ketua polis daerah turut hadir mendengar ceramah berkenaan.
“Kemudian saya dibawa bertemu dengan Abdul Razak di kawasan sekolah yang sedang mendengar ceramah Umi Hafilda. Secara lisan beliau (Abdul Razak) mengaku memberi kebenaran program hari raya yang menjemput Umi Hafilda itu berhadapan program PKR itu.
“Beliau turut mengakui tiada permit diberikan kepada ceramah Hafilda malah menyedari ceramah tersebut sangat biadab, lucah, kasar, kesat dan bersifat provokasi. Beliau menunjukkan bukti SMS yang beliau menegur penganjur ceramah Umi Hafilda tetapi bimbang dimarah pihak penganjur sekiranya memberhentikan ceramah Umi Hafilda,” ujarnya.
Justreu beliau bagi pihak PKR negeri Pahang dan Cabang Lipis membuat laporan agar pihak polis yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat dapat berkhidmat dengan profesional, tidak memihak, telus, jujur, amanah.
“Saya juga minta siasatan turut dibuat bagaimana Ketua polis Daerah Kuala Lipis membenarkan secara lisan tanpa permit Adun Benta mengadakan jamuan raya betul-betul berhadapan tapak program PKR sedangkan beliau sendiri, saya diberitahu tidak datang langsung ke majlis jamuan hari raya yang beliau sendiri anjurkan.
“Ini bermakna majlis tersebut semata-mata berniat untuk mengganggu program anjuran PKR. Siasatan juga mesti dibuat mengapa dibiarkan Umi Hafilda menyampaikan ceramah yang penuh kontroversi, provokasi dan amat memalukan terutama apabila didengari oleh kanak-kanak, wanita dan orang tua.
“Anehnya, Ketua Polis Lipis dan anggotanya hadir walaupun menyorok dalam pagar sekolah mendengar dengan jelas ceramah Umi Hafilda yang sangat memalukan itu tanpa mengambil apa-apa tindakan,” katanya.
Tambahnya lagi, Abdul Razak tidak menggunakan kuasanya sebagai ketua polis daerah untuk memberhentikan ceramah sedangkan beliau mengakui dan menyedari ceramah Umi Hafilda kasar, lucah dan bersifat provokasi sehingga boleh menimbulkan susana tegang dan boleh mencetuskan kemarahan.
Bahkan, katanya, pihak polis seolah-oleh masih membenarkan Umi Hafilda meneruskan ceramah maki hamunnya itu walaupun polis tidak mengeluarkan permit ceramah.
“Justeru saya memohon satu siasatan teliti adakah Superintenden Abdul Razak dipengaruhi oleh Umno dan BN bagi membenar dan membiarkan ceramah Umi Hafilda diadakan. Atau adakah Abdul Razak menerima apa-apa imbuhan dalam apa jua bentuk daripada Umno, BN atau
menerima apa-apa ugutan sehingga sanggup membenar dan membiarkan ceramah Umi Hafilda itu diteruskan.
“Di atas pengalaman lalu saya berhadapan dengan halangan dan kekangan daripada pihak polis untuk mendapatkan permit. Apabila ceramah saja tanpa permit maka tanpa berlengah pihak polis akan datang menghentikan ceramah tersebut. Tetapi ceramah Umi Hafilda tanpa permit anjuran Mohd Sofi dari Umno bukan sahaja tidak dihalang dan tidak dihentikan malah dihadiri dan didengari sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Lipis.
“Secara tegasnya saya meminta pihak polis menyiasat aduan ini dengan profesional, tidak memihak dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dalam perkara ini tanpa mengira fahaman politik, kedudukan pangkat atau darjat,” tegasnya.
Dalam pada itu, Zaidi ketika ditanya yakin dalang di sebalik penganjuran ceramah Umi Hafilda itu ialah pemimpin-pemimpin Umno yang begitu terdesak hingga sanggup berbuat apa saja termasuk memanggil Umi Hafilda berceramah dengan memperkudakan pihak polis memberi laluan ceramah itu diadakan.
Baginya, tindakan Umno itu menunjukkan mereka sendiri sudah tidak mempunyai pengaruh untuk memanggil rakyat menghadiri majlis yang mereka anjurkan.
“Ini bermakna rakyat termasuk orang Melayu di kampung-kampung sudah mula menolak pemimpin Umno yang rasuah. Pemimpin Umno sudah hilang kredibiliti diri dan saya yakin mereka akan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Dengan menganjurkan ceramah Umi Hafilda itu, pemimpin Umno sendiri itu meletakkan diri mereka sebagai golongan pemimpin yang haprak dan mengamalkan politik bankrap kerana itulah sebenarnya kualiti yang ada pada mereka semua,” katanya.
Tambah Zaidi, mereka sudah tidak mampu berfikir dengan waras dan budiman lantaran sudah hilang pertimbangan sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negeri dan negara.
masa mazlan aliman, nizam hamid dan roslan zainal ceramah kat felda cegar perah dulu bkn main garang lagi ocpd ni rempuh masuk rumah suruh ceramah batal.
ReplyDeleteyg sekarang ni plak, ceramah umi hafilda pun takut nak suruh berenti?
baik berenti jd polislah kalau gitu....
Cuba la berkempen dengan cara betull.. apalah UMNO ni.. takde modal, serang peribadi,mengutuk peribadi..
ReplyDeleteMungkin PR boleh minta bantuan Dr Ismail Thamby untuk cek adakah OCPD itu ada masalah lemah tenaga batin@ tak ada telor dan ada penyakit TB(takut Betina)
ReplyDeleteMacamana Polis makin bangang sekarang ni...?Patutnya Polis duduk ditengah tengah,tidak menyebelahi sesiapa.Dia orang ingat gaji yang dibayar oleh kerajaan tu duit UMNO?Bukan dari cukai seluruh rakyat Malaysia dan hasil mahsul negara?Nampaknya PR kena tubuhkan Polis sendiri,DPP sendiri dan Mahkamah sendiri...dan Polis sekarang kena tukar lencana.Jangan gunakan perkataan Polis DiRaja Malaysia kalau tidak boleh belakau adil.Polis kena ubah uniform dari biru kepada PINK mengikut acuan UMNO.Pink tu banyak pengertiannya,antaranya termasuklah macam yang diperkatakan oleh Kalam Nadi Kota dan lain lain makna tu,LU PK LASENDIRI!!!!!!!!!
ReplyDelete