Seramai 548 peneroka Felda Gugusan Bera, Pahang akan menfailkan saman terhadap Felda pada di Mahkamah Tinggi Temerloh esok, 20 September 2011 (Selasa).
Menurut kenyataan media Pegawai Khas Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat, Fadhil Osman, saman tersebut akan dimulakan pada jam 9.45 pagi oleh peguam Hanipa Maidin.
Butiran lanjut saman akan diumumkan oleh peguam.
Semua media / blogger dijemput hadir.
Sebelum ini, seramai 1,200 peneroka Felda telah tampil menyaman Felda atas isu KPG yang didakwa rendah tidak mengikut indeks sebenar.
Syabas!Semoga berjaya...
ReplyDeletePeneroka telah mula sedar yang selama ini mereka tertipu akibat pemikiran mereka sering dibelengu.Kesedaran bermula setelah menerima nasihat dari anak anak..
Felda memang penipu!Satu lagi kes akan diutarakan iaitu tanam semula sawit yang dibuat pada tahun 1998.Wang tabungan tebang semula terkumpul kira kira RM17k dan wang subsidi kirakira RM4k.Ini bermakna jumlah terkumpul untuk tebang dan tanam semula kira kira RM21k.Apa yang berlaku?Peneroka ditakut takutkan,jika usahakan sendiri mereka tidak akan berjaya kerana kos baja dan racun yang tinggi.Mereka disarankan supaya proses tanam semula diserahkan kepada felda.Akhirnya ramai peneroka serahkan ladang kepada felda untuk diuruskan.KESEMUA WANG TABUNGAN DIAMBIL OLEH FELDA.Kos menebang,membuat lubang dan anak benih paling tinggi pun RM10 sepokok.Dalam 10 ekar terdapat kira kira 550 pokok.Kos keseluruhan hingga anak benih ditanam hanya sekitar RM5500.00 masih ada kira kira RM15k.(tapi jika felda memperolihi subsidi pekebun kecil secara berkelompok dari RISDA semua itu adalah percuma).
Ladang peneroka tak semua yang cukup cukup 10 ekar,ada yang kurang sedikit.
Sara hidup selama tempoh tanam semula hanyalah RM200 sebulan dan ada juga yang dapat RM199 sebulan kerana ladang tak cukup 10 ekar.
Dalam pada itu kos menjaga ladang dikenakan RM100 sebulan pada setiap peneroka.Dan tuntutan tuntutan lain seperti baja 3x setahun sekali membaja kira kira 20 bag.Kos meracun 2x setahun.Tapi semua itu langsung tidak dibuat.Setelah ditanam ladang dibiarkan semak begitu saja.Racun dan baja hanyalah tuntutan palsu.
Setelah disiasat,sara hidup yang diberi adalah berdasarkan pajakan ladang iaitu RM20/ekar/bulan.Tengoklah betapa penipunya felda!Memajak ladang tanpa mengeluarkan 1 sen modal pun.Malah sara hidup(dikirakan hutang)adalah duit tabungan peneroka itu sendiri!
Apabila perkara ini disedari oleh anak peneroka,minda mereka mula terbuka.Kepercayaan kepada felda dan kerajaan sudah hilang.Itulah sebabnya sejak kebelakangan ini sokongan terhadap PAS amat kuat difelda felda.
Kerajaan cuba mempengaruhi mereka lagi yang kononnya hasil kesenangan yang dikecapi adalah hasil dari usaha kerajaan.
Tapi peneroka sudah sedar,selama tempoh kira kira 30 tahun mereka membanting tulang membayar ladang dan tapak rumah.Kerap mereka terima payslip kosong kerana hasil yang diperolihi hanya cukup untuk bayaran kembali dan caruman tanam semula secara wajib.Mereka dapat tanah itu bukan secara mudah.Pada awalnya cuma dibayar RM69 sebulan!Hidup betul betul servival.Makan apa yang ada seperti kangkung yang tumbuh melata,mencari ikan dan kijing disungai didalam kawasan ladang.Rata rata bantal dan selimut diperbuat dari buntil tepong.Mereka telah sekian lama sengsara,tapi apabila baru nak rasa kesenangan ,felda mengambil kesempatan terhadap mereka.Begitu juga dengan kerajaan.Padahal kerajaan menempatkan mereka dibelantara yang diteroka,dikelilingi oleh binatang buas dan ancaman komunis yang tidak seorang pun diantara mereka dibekalkan senjata.Perkataan PENEROKA TIDAK MENGENANG BUDI tidak boleh diucapkan sama sekali.
Dan seruan saya supaya anak anak felda menyertai ANAK supaya nasib yang menimpa peneroka selama ini tidak berulang kepada anak cucu...