Sunday, September 11, 2011

Allah, Rasul dicerca: Pihak berkuasa buat apa?

Dalam kesibukan dan keserabutan media propaganda Umno menghentam Timbalan Presiden PAS dan menafikan peranan kumpulan selain Umno menuntut kemerdekaan, sudah muncul manusia yang secara terang-terangan memaki Allah dan Rasul.

Warganegara Malaysia itu menggelarkan dirinya: sitt-al-wuzara di laman sosial Facebook.

Tidak cukup dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga dihina dengan perkataan, “takde otak” dan “babi”.

Namun yang menghairankan, semua pihak berkuasa terus menjadi bacul bila Agong dihina dengan gelaran yang melampau itu. Malah Allah dan Rasul serta Islam dihina, tiada pihak berkuasa yang boleh bertindak.

Susah sangat ke?

Ini berbeza dengan reaksi dan respons yang sungguh pantas dan keras apabila ia melibatkan soal sejarah kemerdekaan (yang semakin kabur) apabila dibangkitkan oleh Mat Sabu.

Apakah "usikan" kemerdekaan oleh Umno lebih sensitif daripada penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Agong?

Kata sahabat bloger, pihak berkuasa hanya gah pada nama, hanya gah dengan pangkat dan jawatan. Bila berlaku hal seperti ini, semua senyap macam ayam berak kapur. Inikah etika sebagai pemegang diamanah awam yang digaji oleh rakyat?

Tetapi apabila lidah rasminya (yang sesekali mempromosi video porno, sesekali menghina hukum Islam melalui kartun) berbunyi, mulalah melompat dan menerjang sehingga seperti perang dan huru-hara akan berlaku!

Apakah sesuatu tindakan hanya akan diambil apabila disuarakan oleh lidah rasmi Umno saja?

Jangan hairan jika penghinaan secara terang-terangan seperti inipun tidak boleh ditangani, bayangkan apa yang boleh dilakukan andainya penghinaan lebih besar kepada Agama, bangsa dan negara ini pada masa akan datang!

2 comments:

  1. mana Umngok berani ammbil tindakan , dulu cina gampang Namewee tak diambil apa-apa tindakan. takkan ni melayu nak ambil tindakan pulak, nanti takut dikata double standard pulak, nanti takut hilang undi kapir pasal mengeji Islam dan Agung, dulu cina kapir tu takut heng MCA tak nak tolong

    ReplyDelete
  2. Kot-kot makcik ni ahli UMNGOK, dah sohih takde tindakan kerana ada kekebalan dan kebebalan.

    ReplyDelete