Kebelakangan ini media-media lidah rasmi Umno serta blogger-blogger ternakan parti tulang belakang BN itu agak sensitif dan prihatin berkaitan dengan aurat dan akhlak, terutama melibatkan wanita. Tahniah! Barangkali Tuhan telah mengurniakan hidayah, sudah peka tentang halal dan haram serta had aurat seseorang.
Jika pada satu ketika dulu pendakwah-pendakwah atau ustaz daripada PAS menerangkan batas-batas aurat wanita, biasanya akan dikecam oleh jentera propaganda Umno dengan panggilan-panggilan seperti kolot, ketinggalan zaman, pakaian padang pasir dan sebagainya.
Ketika pendakwah-pendakwah menggalakkan pakaian bertudung liput pada tahun-tahun 1980-an, trend seperti itu kerap ditertawa dan dipermainkan oleh konco-konco Umno seperti memberi istilah ‘hantu kum-kum’. Pada ketika itu banyak drama-drama telivisyen disiarkan dengan jalan ceritanya memperli kumpulan yang mahu kepada Islam, termasuk mahu menggambarkan ustaz-ustaz atau pejuang-pejuang PAS ini sebagai ketinggalan di belakang dan bersalah.
Sudah tentu tidak dapat dinafikan, pada ketika itu acap kali ucapan-ucapan pemimpin tersasul atau dilihat menghina Islam sehingga dipersoalkan tahap akidah mereka.
Namun zaman sudah berubah. Sejak Umno/BN tersentak kalah pada PRU 12 2008, mereka seakan-akan sudah ‘kembali ke pangkal jalan’ sehingga begitu sensitif dengan isu-isu agama. Kesedaran baru ini terutamanya menghinggapi media lidah rasmi Umno dan blogger-blogger ternakan parti itu.
Sekadar contoh, bukan Islam apabila masuk ke masjid akan segeri dipersoalkan di khalayak umum, meskipun umum tahu bukan Islam daripada BN sebelum ini sudah banyak berada di masjid dalam majlis Umno. Juga Cina dan India yang bukan BN apabila memetik sepatah dua ayat daripada Al-Qur-an, akan segera dihukumkan “haram” sedangkan umum menyedari sejak zaman dulu lagi ramai pemimpin bukan Islam BN yang memetik ayat daripada kitab suci untuk ‘menghiburkan’ orang Umno semasa berceramah.
Saya petik satu ucapan seorang pemimpin Cina yang berkata dalam pelat Cina: “ati ulla, wa ati ullasul, wa ulil amli min kum”... lalu ucapannya sambut dengan gelak ketawa (sambil memuji) oleh pendengar-pendengar dalam ceramah Umno itu.
Saya mengaku, tidak mempunyai rakaman dalam bentuk audio video tentang ucapan pemimpin Cina BN berkenaan, tetapi dikhabarkan oleh seseorang secara ‘mutawatir’ sejak berminat mengikuti perkembangan politik lebih 20 tahun dulu.
Berbalik kepada persoalan aurat yang saya mahu tekankan di atas tadi, apabila seorang YB bukan Islam iaitu Teo Ni Ching agak berminat menyertai program di masjid, maka dia pun dihentam oleh media Umno dan blogger. Kita tidak nafikan, bahawa YB Serdang itu mungkin tidak mengetahui batas aurat. Tapi padanlah, sebab dia bukan Islam.
Bagaimana pula seorang Islam seperti gambar di atas (semua orang kenal), yang sepatutnya tahu hukum hakam Islam dan batas aurat boleh peluk sana peluk sini?
umno memang suke 'bajet' betul...konon demokrasi, tapi bila prg bg pendapat x nak terima..hurm..ye smg Allah beri hidayah kepada kita dan mereka juga..
ReplyDelete