Pakatan Rakyat Negeri Pahang (PR Pahang) menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin yang menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran supaya segera memberikan penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik.
Penjelasan terperinci diperlukan oleh rakyat kerana kesilapan tersebut menyebabkan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta dan memberikan kesan negatif bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas ekonomi negara. Pembaziran tersebut membabitkan jumlah wang rakyat yang begitu besar dan menunjukkan beliau selaku Menteri Pelajaran gagal memastikan pentadbirannya melaksanakan tata kerja berkualiti yang diuar-uarkan oleh kerajaan.
Kerugian akibat kecuaian seperti ini bukan kali pertama berlaku di bawah kementerian yang sama. Rakyat Malaysia masih belum dapat memaafkan kerugian yang dianggarkan RM5 bilion akibat kegagalan Dasar PPSMI sebelum ini. Jika jumlah kerugian akibat kegagalan beberapa projek infrastruktur pendidikan di seluruh negara sejak era Tun Dr Mahathir diambil kira, maka kementerian ini boleh dianggap di antara kementerian yang menyumbang kepada kerugian wang rakyat dalam jumlah yang sukar dimaafkan.
Jika pembaziran dan kecuaian-kecuaian tersebut dapat dielakkan, wang dalam jumlah demikian sudah pasti dapat disalurkan untuk manfaat yang lebih besar dan sepatutnya. Antaranya ialah menaikkan geran per kapita kepada semua sekolah di seluruh negara bagi menampung kos pengurusan operasi yang meningkat saban tahun. Jika ini dilakukan sudah tentu dapat mengurangkan bebanan dan tekanan ibu bapa yang pada masa sama berdepan dengan kenaikan kos hidup yang drastik dan menggigit.
PR Pahang menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan tegas ke atas Tan Sri Muhyiddin dan pihak berkaitan ekoran kecuaian ini kerana RM4 juta adalah jumlah yang amat besar. Jangan hanya berani bertindak ke atas rakyat jembel tetapi berlepas tangan apabila kesalahan dilakukan oleh pihak atasan. Jadikan kes ini salah satu penanda aras (benchmarking) program transformasi Malaysia yang dilaung-laungkan. Buktikan dengan tindakan, berhentilah daripada sekadar menambah sesak ruang maklumat negara dengan pelbagai slogan retorik populis semata.
ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Pahang
(http://roslanzainalalahmadi.blogspot.com/)
Ini semua akibat dari sikap pemimpin kita yang suka mengubah dasar pelajaran ikut suka dia sahaja. semua ini bermula apabila orang yang menerajui kementerian bukan dari orang pendidikan tetapi orang korporat. orang pendidikan akan meneliti kesan dan akibat dari sesuatu tindakan dan kesannya kepada masyarakat. sedangkan orang korporat suka la macam ni... bila cetak buku baru... masyukk lagi la jawabnya. kalau boleh mereka ni nak ubah dasar tiap bulan supaya lagi banyak projek yang dapat....banyak dah dasar yang diperkenalkan dan akhirnya berlalu macam air sungai je... yang kenyang ialah orang korporat.. tapi pelajar... semakin lintang pukang.
ReplyDeleteAlkisah sebenarnya aku nak cerita pasal buku teks yang banyak salah tu... sebelum berita ni keluar, kawan aku dah beritahu banyak kesilapan pada buku teks tahun satu.... nak buat macam mana... ikut prosedurnya sesebuah buku teks yang nak di cetak itu mengambil masa 18 bulan.... banyak semakan yang mesti dijalankan... tapi buku yang baru ni hanya mengambil masa 8 bulan sahaja untuk menyiapkan semua proses cetakkannya. jadi bila banyak silap tu, jangan heran la....