Besok (Ahad) Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman akan umumkan seorang tokoh Umno negeri Pahang yang berstatus Datuk akan menyertai PKR.
Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur. Beliau kemudian kalah bertanding di salah satu Dun di Pahang kepada calon PAS. Selepas itu beliau tidak disenaraikan lagi sebagai calon BN, sehinggakan kawasan ahli parlimennya pun di”import”.
Beliau kemudian dikatakan pernah menjadi setiausaha politik kepada seorang bekas menteri. Selepas PRU 2008, menteri tersebut tidak tersenarai lagi sebagai ahli kabinet.
Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin Umno veteran di Kuala Lumpur membuat pilihan menyertai Pakatan Rakyat kerana kecewa dengan kebobrokan yang berlaku di dalam Umno hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya.
Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran Umno yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak langkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian.
Satu sumber menyebut, Umno Pahang sedang berhempas pulas cuba memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama Umno demi menghalang kebangkitan moral Pakatan di negeri ini.
mana tokohnya bro??? sampai hari ni tak announce lagi,letihlah buat cerita karut macam ni
ReplyDeletebelum perintah negara dah mula nak bodohkan rakyat, kalau dapat kuasa tak tahulah...