Tuesday, March 12, 2019

Anak buah Rafizi 'menyerah' di parlimen

Catatan Parlimen: PH dan Fitnah, Berpisah Tiada

1. Setelah Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen berlangsung semalam, maka hari ini bermulalah agenda perbahasan Titah Diraja.
Ahli Parlimen PH Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan menjadi pencadang kepada usul menjunjung kasih Titah Diraja manakala YB Hulu Langat, Ustaz Hasanuddin Bin Mohd Yunus sebagai penyokong usul tersebut.



2. YB PH Johor Bahru yang merupakan anak didik Rafizi ini mendapat peruntukan masa selama 2 jam untuk berbahas. Namun, amat malang sekali kerana YB anak muda ini gagal memanfaatkan masa tersebut dengan sebaik-baiknya.
Pada awal ucapannya, dia hanya mampu mengulang skrip sama iaitu menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai punca kepada masalah hari ini. Diungkit semula kisah PM Najib.

Sepatutnya, jikalau dia benar-benar berminat untuk bernostalgia, sebaiknya diimbaulah juga rekod lama pemerintahan PM ke 7 ketika menjadi PM ke 4 dahulu.
Apa yang Tun M pernah buat kepada negara kita selama 22 tahun memerintah dahulu.?
Sudah lupa ke.?

3.Pada penghujung ucapan, YB Johor Bahru ini mengulang pula cereka fitnah yang dikutip daripada tepi longkang. Maklumat yang entah daripada mana sumbernya dibawa masuk ke dalam dewan sebagai hujah perbahasan.
Kononnya, ada pemimpin PAS yang dibekukan akaun bank kerana ada wang RM 1 juta Ringgit dan kenderaan mewah bernilai jutaan Ringgit telah disita.

YB Jelutong yang memang terkenal sebagai pemegang watak "Tukang Karut" pun turut bangun menyokong cereka fitnah jahat terhadap PAS ini.

4. Tidak lama kemudian, suasana Dewan bertukar menjadi gamat dan kecoh tatkala barisan Ahli Parlimen PAS yang dimulai dengan YB Kuala Terengganu bingkas bangun mendesak penjelasan daripada YB Johor Bahru ini.
Para Ahli Parlimen PAS senada dengan tegas mendesak YB Johor Bahru ini menjelaskan;
a) Daripada manakah sumber berita tersebut.?
b) Siapakah nama pemimpin PAS tersebut.?
c) Apa bukti terhadap tuduhan tersebut.?

5. Sungguh memalukan, YB Johor Bahru gagal menjawab apa-apa. Dia tidak mampu pun mengemukakan sebarang bukti atas tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS. Dia juga gagal menyebut nama siapa pemimpin PAS yang dituduh kononnya mempunyai wang berjuta Ringgit dalam akaun.?

YB Johor Bahru ini terkial-kial mempertahankan fitnah jahat itu.
Sebenarnya inilah standard dan modus operandi PH.
Buat dan sebar fitnah hanya atas sangkaan dan persepsi sahaja tanpa apa sebarang bukti.

6. Dewan kecoh berlarutan sehingga 20 minit akibat kedegilan YB Johor Bahru ini mempertahankan sangkaan jahatnya terhadap PAS.
Laungan suara Ahli Parlimen PAS yang mendesak "Tarik Balik" jelas kedengaran sehingga menenggelamkan suara YB Johor Bahru yang masih tegar menegakkan benang yang basah.

Para Ahli Parlimen PAS sudah nekad tidak akan duduk dan berdiam selagimana fitnah jahat tersebut tidak ditarik-balik.
Mana kita sangka, YB Kemaman dan YB Dungun yang biasanya agak pendiam, boleh bangun bersuara dengan lantang dan tegas pada petang tadi demi mempertahankan imej dan maruah PAS yang senantiasa difitnah oleh musuh.

7. Akhirnya, Yang di-Pertua Dewan, YB Dato' Mohamad Ariff
bin Md Yusof mengarahkan YB Johor Bahru menarik balik tuduhan yang dilemparkan itu. Anak didik Rafizi ini masih degil pada awalnya sehinggalah apabila bertalu-talu diasak barulah dia menarik kembali tuduhan jahat tersebut.

Episod panas yang berlaku di dalam Dewan hari ini adalah antara bukti nyata bahawa PH dan Fitnah, Berpisah Tiada.
Mereka hanya pandai menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka mentadbir.
Mereka hanya mampu diam terkulat-kulat seperti kerang busuk tatkala diminta bukti terhadap cereka fitnah yang dibuat.

Kalau setakat ini sahaja standard Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR, sebaiknya dia berbahas dengan Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan di kedai kopi sahaja.

_Catatan oleh;_
_Syed Ahmad Fadhli_
_Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS_
_12 Mac 2019_

No comments:

Post a Comment