Friday, March 15, 2019

Tiada maaf bagi pengganas terhadap Muslim



PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan tembakan rambang membabitkan suspek bersenjata yang melepaskan tembakan selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid di bandar Christchurch, New Zealand yang mengakibatkan sejumlah besar terkorban dan cedera.


Dipetik daripada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata serangan berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam kerana Islam adalah ajaran yang mendamaikan serta harmoni kepada seluruh umat manusia.

"Sama ada penembak itu tidak siuman atau memang ia sebenarnya fobia kepada Islam (Islamofobia) sehingga mereka berani melepaskan tembakan secara rambang tanpa ada rasa belas kasihan dan perikemanusiaan.

"PAS mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat," katanya kepada.

Media Agensi melaporkan seorang lelaki dipercayai penyerang telah menembak secara rambang di dua buah masjid dan memberitahu tujuan dia melakukan serangan tersebut sebagai mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm di Sweden pada tahun 2017.

Media asing yang lain juga melaporkan angka terkorban setakat ini mencecah 40 kematian dan 20 orang cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, yang berlaku semasa solat Jumaat.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata bendera akan diturunkan separuh tiang di Australia hari ini dan bangunan di Melbourne akan dinyalakan sebagai penghormatan terhadap tragedi.

Dengan tragedi yang berlaku, membuka mata orang bukan Islam di dalam dan luar negara yang selama ini melihat dan menyifatkan kononnya orang Islam ini pengganas dan ala Taliban. Walhal pembunuh yang berada di luar Islam lebih ganas lagi sifat kehaiwanannya.



No comments:

Post a Comment