Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar(LATAS) Dewan
Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang
menimpa warga Pasir Gudang,Johor akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir
Gudang sejak 7 Mac lalu ,baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusinya
hari ini, Normala Sudirman, menyebut kesan pencemaran toksik dari Sungai Kim
Kim, Pasir Gudang ini telah telah meninggalkan implikasi buruk hingga
menyebabkan pengumuman dibuat iaitu sebanyak 34 buah sekolah di sekitar Pasir
Gudang terpaksa ditutup pada 13 Mac 2019 ,hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS
Negeri Johor menambah, ancaman sisa toksik yang semakin serius dan
membimbangkan ini juga telah mendapat
perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang menzahirkan
kemurkaan baginda terhadap perbuatan pihak yang
tidak bertanggungjawab yang telah membuang sisa bahan kimia ke Sungai
Kim Kim.
“Sehingga tarikh
12 Mac 2019, angka yang terlibat telah
menunjukkan peningkatan yang membimbangkan
apabila seramai 207 orang mangsa
direkodkan dengan 29 mangsa dirujuk ke Klinik Kesihatan, 77 mangsa ke Hospital
Sultan Ismail dan 35 orang ditahan diwad.
“Manakala seramai 4 orang mangsa terpaksa dimasukkan ke
Unit Rawatan Rapi (ICU). Angka ditahan di wad biasa dan ICU ini tidak termasuk
mangsa yang terlibat dalam gelombang
pertama selepas insiden ini berlaku.
“Apa yang paling membimbangkan ,statistik ini
semakin meningkat lagi sehingga
berjumlah seramai 566 orang mangsa yang melibatkan orang awam dan pelajar sekolah serta warga
pendidik.Arahan serentak seluruh negeri Johor agar mengadakan Solat Hajat selepas
Solat Jumaat pada 15 Mac 2019 disambut baik dan dialu-alukan bagi mendoakan
agar mangsa pulih seperti sediakala dan penduduk dilindungi dari segala mara
bahaya.
Serentak itu, LATAS DMP Malaysia menggesa Kerajaan
Negeri Johor juga digesa mengisytiharkan darurat jika keadaan
semakin kritikal demi nyawa dan keselamatan orang awam sebelum terlambat
.Kejadian yang pernah berlaku di Sungai Gatom, Labis ,Johor pada tahun
2006 akibat pembuangan gas ammonia dan
sisa toksik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan penduduk Labis diarah meninggalkan kediaman masing - masing
kerana pengisytiharan darurat diumumkan .
Pada waktu itu, ramai yang diarah meninggalkan rumah
masing -masing kerana mengalami sesak
nafas dan pengsan harus menjadi iktibar semua pihak khususnya di negeri Johor.
“Pengumuman terkini kerajaan yang memberi peruntukan sebanyak 6.4 juta bagi
mengatasi pencemaran ini disambut baik oleh PAS, tetapi tindakan drastik dan langkah mengatasi
serta pengumuman mengistiyharkan darurat seberapa segera perlu diambil sebelum
terlambat kerana keadaan di Pasir Gudang semakin serius dan membimbangkan serta
mengancam nyawa penduduk .
“Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap
pihak yang tidak bertanggungjawab serta mengheret pesalah ke muka pengadilan
dan menerima hukuman setimpal kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini telah
mengancam nyawa rakyat yang tidak bersalah dan anak -anak yang tidak berdosa.
“Kerajaan juga digesa memberi pampasan kepada penduduk
tanda keprihatinan dan membiayai kos perubatan penduduk serta baikpulih
prasarana kesan pencemaran toksik ini tanda keprihatinan terhadap rakyat pada
masa akan datang .
“Persoalannya ,apakah punca keadaan ancaman toksik ini berlaku semakin
serius kerana kelewatan pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak ?Apakah
kelewatan bertindak mengatasi insiden
ini sejak 7 Mac 2019 ,adalah kerana faktor untuk menjimatkan kos
pembersihan?.
“Menteri Tenaga Sains ,Teknologi ,Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim ,YB Yeo Bee Yin dan Exco Kesihatan Negeri Johor,YB Dr.Shahruddin
Bin Jamal diharap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi keselamatan
nyawa dan kebajikan penduduk terlibat sebelum nasi menjadi bubur. Bertindak
sebelum terlambat!”
No comments:
Post a Comment