Tuesday, October 26, 2010

Demi menolak kedahsyatan fitnah, pengundi Galas mesti tolak BN!

Umno memulakan kempen pilihan raya kecil (PRK) Galas dengan fitnah. Fitnah yang sengaja dicipta bagi mengaibkan seorang Islam. Kita percaya, fitnah inilah yang akan dimainkan jentera geraksaraf dan propaganda kem Umno menjelang hari pengundian kerana bagi mereka matlamat menghalalkan cara.

Kata orang, bukan Umno namanya jika tidak menaburkan fitnah. Alangkan sesama Umno bergasak dalam pemilihan pun mereka menjaja dan menabur fitnah, inikan pula dengan PAS yang dianggapnya musuh dunia dan akhirat!

Kisahnya bermula Jumaat lalu, selepas diumumkan sebagai calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media gerak saraf dan propaganda rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa kononnya beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Di mana Umno dapat fitnah tersebut? Daripada siapakah sumber yang dipetik? Pernahkah disiasat kesahihannya?

Media rasmi Umno memetik laporan daripada bloger-bloger upahan Umno yang sememang kerjanya setiap saat memikirkan apa saja fitnah, bagi mengaibkan lawan. Bagi spesis Umno, agama, dosa, pahala dan malaikat yang mencatat tidak pernah terpahat menjadi akidah mereka. Mereka tidak takut tuhan!

Blogger Umno memfitnah bahawa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya.

Bayangkan, kerana kemarukkan kemenangan, jentera geraksaraf dan propaganda Umno sanggup memfitnah seorang Islam demi untuk memenuhi cita-citanya! Kerana bagi spesis ini, mereka mahu menang tanpa memperhitungkan apa sahaja kaedahnya.

Apakah mereka menganggap, orang lain juga sama macam pemimpin Umno seperti Mohd Mohd Taib yang pernah bawa lari anak raja, macam Rahim Thamby Chik yang pernah didakwa cabul pompuan bawah umur, macam Najib yang kononnya pernah ditangkap di Port Dickson, macam Khairy Jamaluddin yang pernah dikaitkan dengan Maya Karin atau calon Umno PRK Permatang Pasir dulu yang tak mengaku berbini dua?

Jangan anggap semua orang seperti seperti pemimpin Umno yang buruk akhlak dan penuh dengan skandal!

Saya mahu nasihatkan kepada pengundi di Galas bahawa demi menolak kumpulan pemfitnah, maka pilihlah PAS. Kerana simbolik itu penting bagi mengajar mereka. Jika tidak, kelak mereka akan terus mendendangkan fitnah-fitnah rekaan sesuka hati.

Kerana kita tahu, fitnah ini amat besar dosanya dan terlalu besar pula bala bencana dan malapetaka akibat daripadanya. Kita sudah tentu tidak mahu akibat kejahatan sekelompok pemfitnah Umno, tanah air kita musnah dilanda musibah kerana Allah amat memurkai fitnah sesama manusia.

Jadi, jangan lupa tolak Umno/BN dan undilah PAS!




No comments:

Post a Comment