Entah apakah yang ada dalam pemikiran bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr. Hasan Ali, ketika berucap sambil menipu di hadapan para bloger Umno di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam.
Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Bila pula PR mahu jadikan Malaysia ini republik?
Beliau menambah, niat mereka (PR) untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.
“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik.
"Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya.
Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu.
Demikian kenyataannya dipetik daripada akhbar Sinar Harian.
Mengigaukah agaknya bekas pakar motivasi itu?
Sedangkan dalam Konvensyen PR, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.
Diulang sekali lagi, memperjuangkan bahasa Melayu, agama Islam dan mempertahankan raja-raja Melayu disepakati bersama oleh parti-parti PR disepakati secara bertulis!
Kalau tak silap, Hasan juga hadir pada majlis tersebut!
Kenapa Hasan sanggup menipu demi untuk dapat simpati setelah ditendang daripada PAS atas keceluparan dan main kotornya? Kenapalah sanggup merendahkan diri sendiri demi untuk mendapat ihsan Umno?
Di dewan berkenaan berlangsung program himpunan bloger-bloger Umno seluruh Pahang dengan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Di kesempatan itulah juga Umno memanggil Hasan untuk berceramah dengan tajuk ‘Bicara Ummah’.
Jika dulu untuk berceramah di Pahang Hasan mungkin berhadapan dengan kepungan FRU atau dapat ceramahpun, dalam markas-markas sahaja.
Semalam, Hasan ditatang sebagai ‘wira Umno’. Dan nada ceramahnya sudah bertukar menjadi Umno tulen. Bahkan, lebih Umno daripada Umno!
Lalu dengan bangganya Hasan menempelak pucuk pimpinan PAS atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.
Perjuangan Islam yang mana telah ditinggalkan PAS?
Tipunya, PAS yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.
Mengapalah punya munafiknya sikap Dr Hasan, beliau menang di Dun Gombak Setia itu atas tiket apa? Siapa pengundinya?
Hasan juga berkata akan menubuhkan Jati untuk memperjuangkan Islam. Eloklah, penipu jadi pejuang Islam. Boleh buat ceramah motivasi banyak-banyak, boleh dapat duit!
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri (berhutang)”.
hasan ali ni sekejab saja dia ni.....biar la dia melalak masa dia laku lagi ni, waktu ni mcm bini muda umno dia ni, masih laku umno dok heret kesana kemari lepas putus haid nanti tak laku la dia ni....masa tu sama la taraf dia mcm ezam, zul nordin dan ramai lg geng katak.......
ReplyDeleteBahaya kenyataan Hasan Ali ni... ni boleh menimbulkan keresahan, panik dan hara-huru ni.
ReplyDeletePatutnya kena buat repot polis ni
Susah cakap dengan orang ada Phd ( Pas habis derjah)....dia anggap dia ajer betui...eloklah tubuh parti sendiri...kalau partinya menang bolih jadi PM negara IMR...hehe
ReplyDeleteKalau negara IMR setakat Malaysia je tak bergabung negara-negara Islam Melayu lain tak stabil lee...
DeleteKalau ultra IMR - boleh jadi perang civil dalam negara... IMR kata British buat silap dulu, kaum lain kata defend diri dah lama 100-200 tahun duduk sini....
kompius..kompius...mane aq nk pangkah ney....
ReplyDeletekalo pangkah pas,maknenye sokong anuar main jubo..
kalo sokong umno pemimpin asik rembat duit rakyat jew...
ah....dokdiam je le..malas nak ngundi.
Patut la keliru - yang mana satu benar yang mana satu fitnah pun tak tahu
DeleteNampaknya memang tidak boleh dipersalahkan Dato' Hasan Ali.Isu terbaru mengenai pendirian Anuar mempertahankan Israel adalah bukti yang amat nyata.Inikah yang dikatakan memperjuangkan Islam?Jangan tertipu dan terpedaya dengan Anuar!!
ReplyDeleteSekarang baru boleh cerita.Ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri,Anuar melawat Amerika Syarikat.Dia disambut oleh Presiden Bill Clinton dengan hamparan karpet merah dan tembakan meriam 21 das.Kenapa????Ia sebenarnya sambutan terhadap ejen CIA yang baru...
Sebelum itu dia menjatuhkan Tun Ghaffar sebagai Timbalan Perdana Menteri kononnya Tun dah tua dan macam macam kutukan.Ianya tak lain hanya untuk mendapatkan jawatan yang disandang oleh Tun Ghaffar.
Setelah menjadi TPM dia cuba pula menjatuhkan Tun Mahadhir iaitu ketika ekonomi merudum.Tapi manakan boleh orang pandai mengalahkan orang bijak...
Anuar pandai mengatur stratiji untuk mencapai impiannya menjadi PM dengan cara menjatuhkan orang lain malah sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama sedangkan Tun Mahadhir bijak dalam segala hal.Kita seluruh rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana telah diselamatkan oleh Tun Mahadhir.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat.Tengoklah apa yang dipegang ketika upacara mengangkat sumpah diIstana Negara?
Sekarang hapuskan pula ISA.Malaysia ni takkan aman seperti sekarang jika tiada ISA.Kerana ISA jugalah tumpasnya komunis diMalaysia!Tujuan ianya dihapuskan juga adalah supaya ejen perisikan asing tidak boleh ditahan yang selama ini Malaysia selamat dari anasir perisikan luar.Lepas ni apa nak jadi?
Kononnya undang undang lapuklah...hak asasi manusia lah...orang Melayu betul betul diperbodohkan!!
Kalaulah SB tidak terikat dengan akujanji dibawah ISA yang ditandatangani setiap bulan,tanyalah mereka sudah berapa ramai ejen ejen perisikan asing yang ditahan kerana mengancam keselamatan Malaysia?Mereka inilah yang nak dilepaskan oleh Anuar dengan memperalatkan penyokong parti pembangkang.
Kita akan sokong apa saja parti pembangkang asalkan TIDAK ANUAR DAN PKR!!!
Kita tengoklah sama sama apa akan jadi dengan Malaysia jika masih ramai Melayu yang menyokong Anuar dan parti keluarganya.
JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR BARU NAK KESAL...
Hahahaha lu mmg piang!
DeleteGua bukan orang mana2 parti politik. Gua pengundi bebas tapi gua nak undi PR
DeleteTak datang majlis orang ikut dan je kata. Analisis mana lu ambik?
Delete