Thursday, February 9, 2012

Politik Malaysia sudah sampai ke peringkat membunuh?

Politik Malaysia pada hari ini sudah sampai ke peringkat berbunuhan.

Demikian menurut Exco PAS Pusat Mazlan Aliman berikutan insiden cubaan bunuh terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Hj Dzulkefly Ahmad serta ahli keluarganya minggu lalu.

Sungguh mengejutkan, dua letupan besar disusuli kebakaran kereta BMW miliknya. Kebakaran kemudiannya merebak ke ruang tamu rumah. Beberapa penemuan oleh forensik Bomba menggambarkan unsur jenayah terancang terhadap seluruh ahli keluarga Hj Dzulkefly.

Meskipun kita mengalu-alukan tindakan pihak polis yang menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes ini; isu keselamatan pemimpin politik dan orang awam semakin diperkatakan.


Insiden lain yang menggambarkan sudah merebaknya politik samseng ialah seperti berikut:

1. Gangguan oleh pemuda bermotosikal dalam ceramah Hj Mohd Sabu di Labis yang menyebabkan seorang petugas Unit Amal cedera di baling objek keras.

2. Gangguan oleh kumpulan tertentu dalam ceramah Hj Mohd Sabu di Muar dan Seremban yang hampir mencetuskan pergaduhan.


3. Letupan bom semasa himpunan di Mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan 2012.

4. Kekacauan dalam ceramah pimpinan Pakatan Rakyat di Jln Kebun, Shah Alam pada 21 Jan 2012 yang mengakibatkan kecederaan orang awam

Siapa yang mengajar politik ganas ini?

CAPTION:

Gambar 1: Beginilah teruknya kereta BMW yang telah diletakkan bom.
2: Kebakaran akibat letupan merebak hingga ke dalam rumah.


1 comment: