Monday, February 27, 2012

Negeri ini tidak ada polis? Menteri KDN sila letak jawatan!

Sejak akhir-akhir ini kita dengar semakin banyak program anjuran Pakatan Rakyat telah diganggu terutama oleh samseng Umno.

Di Pulau Pinang kita dengar semalam samseng Umno dan sayap mereka Perkasa mengganas dalam program Himpunan Hijau.

Ceramah Pakatan di Kuantan juga diamuk oleh samseng Umno semalam.

Sebelum ini di Shah Alam beberapa kali program bukan Umno diceroboh dengan jayanya, ala samseng tanpa sekatan dan tidak takut-takut.

Di Johor, di Semberong dan Kulai umpamanya, samseng Umno juga berleluasa boleh mengamuk sewenang-wenangnya tanpa halangan. Itu hanya beberapa kes. Kita percaya amukan samseng ini akan terus bermaharajalela, kerana ia seolah-olah mendapat lesen besar!

Orang Umno menumbuk orang sudah menjadi kelaziman sekarang ini.

Apa yang menjadi kerunsingan semua, apakah agensi keselamatan kerajaan sekarang sudah tidak berfungsi? Apakah pihak keselamatan, apabila di atas nama Umno mereka halalkan atau butakan mata?

Berapa juta wang rakyat yang digajikan untuk membiayai pasukan polis demi memelihara keselamatan dan mempertahankan undang-undang, kenapa jenayah samseng politik ini terus-terusan dibiarkan?

Apakah apabila orang Umno yang mengamuk, bermakna tindakan mereka menjadi halal? Apakah warganegara yang sah di negara ini hanya Umno dan konco-konconya?

Kita bukanlah bias atau prejudis, tetapi kebanyakan kes dan insiden yang dilaporkan, mendapati polis seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menghalang keganasan.

Sudahlah kes jenayah semakin hari semakin menggerunkan, samseng politik ini juga diabaikan? Kepada siapa lagi rakyat Malaysia mahu mengadu jika sikap polis sendiri tidak mahu benar-benar menjaga ketenteraman?

Kenapa mahu dibiarkan sehingga masyarakat akhirnya akan memandang rendah kepada institusi polis dan profesionalisme mereka?

Dulu semasa Pak Lah menjadi PM, ada dicadangkan Suruhanjaya pembaikan polis atau IPCMC. Tujuan untuk membaiki perkhidmatan pasukan itu.

Polis berada di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Pak Menteri buat apa dengan kes samseng yang semakin galak ini? Apakah Pak Menteri dibayar gaji dengan wang rakyat hanya untuk membisukan isu-isu samseng Umno ini?

Kita faham, samseng-samseng Umno menjadi “kepanasan” ketika ini kerana dibakar oleh pimpinan mereka sendiri yang saban hari ucapan mereka seolah mahu melancarkan “perang” lagaknya.

Tetapi pemimpin atasan Umno itu mungkin cerdik sedikit dan faham demokrasi kerana ucapan yang berapi-api itu ialah sebagai propaganda menjelang pilihan raya. Tetapi bagaimana dengan Umno akar umbi ini?

Sepatutnya api perkauman dan kepartian inilah yang mesti Pak Menteri ambil tindakan membendung sebelum semakin marak sehingga boleh mengundang bencana. Kita faham Pak Menteri yang jaga polis juga merupakan pemimpin Umno. Tetapi pengasingan tugas dan kuasa mesti jelas. Sebab itu merupakan amanah.

Kita tidak nafikan mungkin pihak kementerian atau polis berusaha juga secara senyap-senyap. Tetapi kenapa semakin hari keadaan semakin membimbangkan? Malaysia mahu dinobatkan sebagai negara maju pada tahun 2020, tetapi bagaimana dengan status ketenteramannya?

Tidakkah Pak Menteri terasa keresahan dan denyut nadi rakyat yang cemas pada ketika ini kerana samseng Umno sangat berkuasa?

Pak Menteri sepatutnya jangan leka sehingga membiarkan undang-undang rimba berleluasa seperti zaman dulu di mana “orang samseng dan kuat menjadi raja”.

Akan tetapi jika Pak Menteri lemah, tidak berupaya dan memandang sebelah mata sahaja dengan gelagat samseng Umno ini, baiklah letak jawatan. Kerana kamu tidak mampu lagi sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negara ini!


4 comments:

  1. Yang peliknya kenapa Najib diamkan diri saja dengan keganasan samseng-samseng Umno ni?

    Pepatah Arab ada mengatakan "assukut 'alamatur ridha'". Maknanya, diam itu tanda setuju.

    Adakah maknanya Najib setuju dengan budaya samseng Umno ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik..pelik...
      Menteri bukannya buat kerja Polis!!!
      Salahkanlah Polis..Kan Polis Pahang ni bangang bangang belaka..???
      Tengok dulu bila Mazlan Aliman masuk kawasan rancangan felda-dihalaunya!Suka hati dialah nak pergi rumah sapa pun...pendatang haram tak dihalaunya pulak bila masuk felda..
      Bila peneroka buat repot ditipu oleh kakitangan felda diBentong dulu tak diambil tindakan pulak..
      Anak peneroka ambil sawit diladang miliknya sendiri dituduhnya mencuri!Dah tu menipu pulak diMahkamah!
      Kalau zaman ada komunis dulu pada orang kampong dan penerokalah mereka menumpang berani.Apa taknya,keliling balai semua komunis!
      Sekarang?Dah jadi Polis Rimba,Pakai undang undang Rimba.Eloknya tak payah pakai seragam.Pakai cawat je macam Tarzan!!
      Dah amalkan undang undang Rimba....
      Dibagi duit-lepas.Tak bagi duit-tuduh!
      Macamana tak nak tuduh anak peneroka tu?Buruh felda pendatang asing tak ada permit.Pengurus felda bayar permit dengan diaorang je setiap bulan..Pengurus felda tu buat repot palsu pun dituduh juga..mana taknya?Dah termakan budi!Lori lori yang punggah sawit dikawasan felda semua kena bayar ufti setiap bulan.Macamana nak ambil tindakan bila pegawai felda menipu peneroka?
      Dadah berlambak lambak masuk kefelda.Tak ada pun masuk dalam berita pengedar dadah yang bekalkan dadah kekawasan ditangkap...penagih makin ramai..
      Jangan komplin la Polis ni semua..tak kan dilayan...

      Delete
  2. Semalam dah dapat cerita pasal Pengurus felda buat tuntutan palsu terhadap baja yang bernilai puluhan ribuan ringgit.
    Kejadian disebuah felda kawasan Bentong.Peneroka tak beli baja dari felda,tapi hasil pendapatan dipotong kononnya mereka beli baja dari felda.Tiap seorang kerugian antara RM2k-RM24k.
    Puncanya,bila audit datang dari Ibu Pejabat.Baja habis tapi duit tak ada.Maka Pengurus tu membuat penyata palsu kononnya peneroka beli baja secara hutang.Pada hal baja baja tu semua dijual kepada individu termasuk pengusaha tanah haram sekitar pinggir kawasan felda.Ada yang diborong oleh Cina diPekan Kemayan dan Triang dengan harga murah.
    Repot Polis dan SPRM telah dibuat tapi tiada tindakan.Inilah Kerajaan YANG MEMBELA NASIB RAKYAT!Betul la komen anomymous diatas tu....
    Kalau Pengurus felda tu lahabau,pehak berkuasa tempat peneroka itu mengadu LAGI LAHABAU!!!

    ReplyDelete
  3. Malam ni dapat pula cerita mengenai waris peneroka yang dituduh mencuri hak sendiri.
    Rupanya semasa ayahnya masih hidup anak peneroka ni dah keluarkan belanja berpuluh ribu ringgit membantu ayahnya pulihkan ladang yang diabaikan oleh felda selama 5 tahun.

    Punca kejadian kes ni kerana tuntutan cukai oleh Pejabat Tanah dengan memberi Surat Amaran(selepas kejadian baru dapatahu rupanya itu TUNTUTAN PALSU!!cukai sebenarnya sudah terlebih bayar hampir RM3k)

    Kejadian tahun 2009 setahun kemudian baru kes dituduh.Selama tempoh tu dia dilepaskan dengan jamin polis.Pada tahun 2007 anak peneroka tu dah hantar surat kePejabat felda untuk mengambilalih urusan ladang kerana felda menipu dengan membayar secara pajak ladang peninggalan aruah ayahnya.

    Pada hari kejadian selain dari Pengurus felda dan pegawai pegawainya,OCS Balai berhampiran juga ada didalam ladang anak peneroka tu dan dia tahu ladang itu milik aruah ayahnya.

    Pengurus felda buat repot palsu menuduh kononnya budak tu mencuri sawit diladang milik Technoplant.OCS juga buat repot palsu menuduh budak tu mencuri diladang milik Technoplant.YANG AMAT MEMERANJATKAN,PENGURUS TU DENGAN KERJASAMA OCS DAN PENYIASAT KES MENAMBAH BUAH SAWIT KEDALAM LORI BARANG KES DIDALAM KAWASAN BALAI!!YANG DITUDUH DIMAHKAMAH CUMA 30 TANDAN TAPI DALAM LORI ADA 100 TANDAN!!MEJISTRET TU BANGANG KE???MANA DATANGNYA YANG SELEBIH TU!!
    BAYANGKANLAH,BETAPA TAK SELAMATNYA PAHANG NI!AMBIL HARTA SENDIRI PUN BOLEH DITUDUH DIMAHKAMAH!!!

    Pada hari kes dituduh,anggota Polis yang bertugas diMahkamah memujuk pemandu lori tu supaya MENGAKU SALAH dengan memberi harapan lorinya akan dikembalikan.Ini yang menganggu kes!Pemandu lori tu mengaku salah dan didenda RM2k manakala anak peneroka yang juga pemilik ladang tu tak mengaku salah dan melantik peguam.

    Bila anak peneroka tu lawan kes,Pegawai penyiasat kes itu merampas kembali lori sedangkan pemilik lori tu dah mengaku salah dan telah dihukum diMahkamah!
    Perbicaraan yang TANPA ADA BARANG BUKTI ITU BERLARUTAN SELAMA SETAHUN.DUIT BARANG KES TIADA DIPERCAYAI TELAH DIGELAPKAN OLEH POLIS SEBELUM KES DITUDUH DIMAHKAMAH!PERALATAN DAN KELENGKAPAN MEMETIK BUAH SAWIT JUGA TIADA,TAPI KES TERUS BERJALAN!!SEBELUM DIHUKUM MAHKAMAH MEMBERI PILIHAN SUPAYA ANAK PENEROKA TU MENGAKU SALAH DAN MAHKAMAH TIDAK MENGENAKAN DENDA CUMA ADA REKOD POLIS SEBAGAI PENCURI.ANAK PENEROKA TU TETAP TAK MENGAKU SALAH DAN KEPUTUSANNYA DENDA RM2K.
    Mana dia nak mengaku salah!!Ladangnya sendiri!!Malah dia bukan tinggal difelda tu,dia menetap diKuala Lumpur!!Masakan dia balik semata mata nak mencuri sawit!Menurut sumber ini,ketika pulihkan ladang bersama aruah ayahnya sehari suntuk dia meracun selama sebulan.Selama itulah dia mengambil cuti dari majikannya.

    Tengoklah!Biol ke?pandir ke?sewel ke?Patut ke Polis buat macam tu?Mejistret pun sama!!Siapa nak percaya dengan Mahkamah dah sekarang???Kalau kes tu diserahkan pada Tok Batin pun,Tok Batin boleh menilai dengan bijak.Jadi saya setuju sangat la dengan komen anonymous tu..
    HARAP KETUA POLIS PAHANG,PENGARAH SPRM PAHANG AMBIL PERHATIAN TERHADAP KES NI.KALAU BOLEH SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN!!

    JANGAN BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA!
    JANGAN BIARKAN PEJABAT TANAH(JEMBALANG TANAH)MEMBUAT TUNTUTAN PALSU YANG MENYUSAHKAN RAKYAT!
    JANGAN BIARKAN POLIS TERUS DENGAN KEBIOLAN,KEPANDIRAN DAN KEBANGANGANNYA.KALAU TAK MENGHARAPKAN POLIS YANG DIBAYAR GAJI DENGAN HASIL CUKAI RAKYAT NI NAK HARAPKAN SIAPA LAGI?NAK NGADU PADA KOMUNIS??

    MEJISTRET KALAU TAK BOLEH BUAT PENILAIAN DAN PENELITIAN DENGAN WARAS,SILA LETAK JAWATAN!BOLEH JADI BIBIK YANG SEKARANG AGAK SUKAR UNTUK MENDAPATKAN DARI INDONESIA.

    Walaupun aku tak tinggal dirancangan tanah felda tapi bila kes ni terjadi,aku dapat rasakan apa yang dialami oleh anak peneroka itu.DIGARI,DILOKAP HANYA KERANA MENGAMBIL HARTA SENDIRI!
    Harap anak peneroka tu bersabar.Apa yang kami dapat bantu cuma dengan kertas undi palam PU13.SAMA SAMA KITA SINGKIRKAN KERAJAAN BN YANG MAHA ZALIM NI!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete