Thursday, February 2, 2012

Bodohnya Kerajaan BN Pahang, setuju terima sisa radioaktif Lynas

Kenyataan Media
2hb Februari 2012

Segala syarat yang di kenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi.

Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali.

1. Syarat meminta Lynas bertanggungjawab keatas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah samasekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. Norman Moore juga telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia.
'Basel Convention' satu garis panduan PBB, yang menggariskan syarat di mana bahan radioaktif mesti di pulangkan ke negara asal juga tidak boleh dikuatkuasakan didalam hal ini kerana syarat Basel Convention ini hanya untuk bahan radioaktif dan tidak meliputi bahan SISA radioaktif.

2. Syarat yang mengatakan bahawa Lynas diberi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan
Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toxic dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab.

Keputusan ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini.

3. Sekiranya dakwaan berita NYT berkenaan syarikat AkzoNobel membatalkan perjanjian menjadi pembekal resin kepada LAMP atas sebab spesifikasi yang tidak menurut syarat dibuktikan benar, dan keretakan yang telah dilaporkan kemudian nanti mengakibatkan kebocoran di kolam RSF dalam masa 10 bulan kehadapan, maka AELB dan Kerajaan Barisan Nasional lah yang akan bertanggungjawab di atas malapetaka yang bakal timbul kelak.

4. Satu Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF,

5. Juga satu Kerajaan yang bertanggungjawab, akan menyiasat secara rapi apakah asas disebalik aduan yang dilaporkan oleh NYT ini dengan membuat kajian teliti keatas kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata.

6. Warga Kuantan berhak untuk dilindungi daripada malapetaka pencemaran yang bakal berlaku. AELB serta pihak Kerajaan Pahang mampu melakukan yang terbaik sekiranya mereka mempunyai kesungguhan politik untuk berbuat demikian.

Hjh. Fuziah bte. Salleh
Ahli Parlimen Kawasan Kuantan

No comments:

Post a Comment