Monday, February 20, 2012

Najib kena dengar nasihat penceramah Umno ini

Cendekiawan Islam, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan pemimpin negara tidak dapat dijadikan role model kerana gagal manasihatkan isteri sendiri dalam hidup beragama.

Ridhuan Tee tidak merujuk kepada tokoh tetapi di laman sosial orang ramai terus menghalakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana secara jelas gagal membimbing isterinya Rosmah Mansur supaya menutup aurat seperti mana dituntut Islam.

Selain daripada itu Rosmah juga dikaitkan oleh ramai sebagai sangat suka berboros dalam berbelanja yang sudah tentu tidak boleh dijadikan model “wasathiyyah” yang dipopularkan oleh Najib sendiri.

“Cuma kita harap Ridhuan Tee tak buat u-turn seperti Harussani baru-baru ini dalam isu gadai akidah di Thaipusam apabila Najib menemuinya.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memim­pin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

Ayat di atas, ditafsir macam mana pun kepala orang akan terbayang kepada Rosmah.

Tambahnya: “Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional berkata, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan­ ada tidak kena.

Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.

Yang ini confirm, Ridhuan tujukan kepada Najib dan Rosmah. Cuma mereka mahu mengaku atau tidak, itu persoalan lain.

Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.

Memang yang dbualkan ramai isteri pemimpin tak menutup aurat dan bosros berbelanja sakan, tidak ada orang lain!

Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu berlaku.

“Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegak benang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang,” katanya.

Memang menegur isteri kerja susah jika selama ini takutkan isteri. Akan tetapi jika takutkan isteri itu berterusan, itu boleh jatuh hukumnya dayus!



1 comment:

  1. Itu teguran membina...ianya patutnya dijadikan ikhtibar supaya seluruh umat Islam melakukannya.
    Kita tidak bolehlah menuding jari..bukan isteri Najib saja..ramai isteri menteri,pegawai pegawai tinggi kerajaan pun macam tu..
    Eloklah Dr Ridhuan sering memperingati.Ianya sebenarnya ditujukan kepada umum..

    ReplyDelete