Monday, February 6, 2012

Anak aktivis PAS Temerloh meninggal kemalangan

Anak Ketua Cawangan PAS Kampung Bangau Tanjung Temerloh, Khalid, meninggal dunia pagi ini setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 117 Lebuh Raya Pantai Timur dekat Lanchang.

Menurut sumber, Nazir, 22, dikatakan baru pulang dari Kuala Lumpur bersama tiga orang sahabatnya dalam sebuah kereta, kira-kira jam 6 pagi, terlibat dalam kemalangan kerana kereta yang dipandu kawannya terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan.

Dua daripada mereka tercampak lalu dirempuh lori mengakibatkan beliau yang duduk di depan, bersama seorang lagi rakannya meninggal dunia.

Dua rakannya yang lain pula mengalami cedera ringan.

Solat jenazah disempurnakan di masjid Bangau Tanjong selepas Solat Zuhur tadi diimamkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi. Pengkebumian pula di tanah perkuburan sebelah masjid.

Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Khalid dan berdoa agar arwah mendapat lindungan rahmat Allah.

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment