Wednesday, February 1, 2012

Habitat Umno masyarakat tanpa maklumat

TEMERLOH: Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat.

Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu, Mokhtar menambah masyarakat yang jahil dan tidak bermaklumat lazimnya sukar untuk melakukan perubahan.

“Habitat Umno ialah masyarakat yang jahil dan di situlah biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat.
“Maknanya Umno-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan kita, dalam masyarakat bermaklumat PAS berkembang subur.

“Ini terbukti perjuangan PAS sekarang mudah diterima di bandar-bandar yang terdedah dengan maklumat darpada media baru berbanding di luar bandar yang hanya bergantung media tradisional yang terkongkong,” jelasnya.

Mokhtar menambah, dakwah Islam juga perlukan kepada masyarakat bermaklumat ini terbukti perkembangan di Eropah 3,000 orang sehari menganut Islam, berbeza dengan negara yang disekat maklumat umpamanya di China.
“Sebab itu cabaran untuk kita memperjuangkan Islam mesti mahukan masyarakat yang ada bermaklumat. Jadi cabaran kepada jentera penerangan PAS ialah mewujudkan saluran alternatif maklumat jika mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang.

“Bagaimanapun pengamal media baru PAS mesti berdisiplin membawa berita yang benar. Kita tidak boleh mengikut rentak musuh yang menggunakan saluran untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan,” ujarnya.

Serentak dengan itu beliau mahu PAS meneroka saluran baru melalui media baru selain daripada medium tradisional dipertingkat bagi merancakkan saluran sedia ada.
Kira-kira 200 daripada seluruh hadir mengikuti konvensyen sehari suntuk itu.

Sementara itu pembentang kertas kerja, Pengarah Jabatan ICT Pusat Suhaimi Embong berkata di malaysia ada 12 juta pengguna laman sosial facebook iaitu di tempat ke 17 tertinggi di dunia dengan 60% pengguna merupakan golongan muda.

Tambahnya, dalam konteks media baru semua orang sudah boleh menjadi agen penerangan dan maklumat iaitu melalui blog, laman web, facebook dan IPTV.

“Saya cadangkan ditubuhkan skuad gabungan tenaga untuk mobilisasi media baru secara berpasukan bermula pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Bahan mestilah boleh dipertanggungjawabkan kerana dengan adanya media baru ini boleh tersebar dengan cepat dan luas. Bagaimanapun di kampung yang tiada ases internet, boleh diadakan wayang pacak sebagai alternatif,” katanya.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, berkata pilihan raya umum (PRU) ke 13 bukan saja getir tetapi juga sukar dan kritikal kepada PAS.

Tambahnya, oleh yang demikian cabaran kita ialah menyalurkan maklumat dan berjaya mengubah persepsi orang Melayu kerana politik adalah persepsi.

CAPTION:


2. Ustaz Mokhtar melancarkan konvensyen dengan dengan mengklik tayangan slaid

4. Suhaimi.

5. Lutfi.





1 comment:

  1. antianuar_al-juburiFebruary 16, 2012 at 9:15 PM

    itu kata dia....
    baru pandai main slaid dah gah...
    tentang ict ni orang dah jauh lebih advance..
    bab bab maklumat jangan cerita la...
    yang tak tahunya hanya kejadian hari esuk..
    berdetik saja suatu perkara,orang dah tahu..
    bab pu 13 masyarakat pun dah keliru sekarang.apakah pas betul betul memperjuangkan Islam apabila orang penting pas menyokong anuar al juburi mempertahankan Israel..

    ReplyDelete