Ramai yang begitu terperanjat apabila Radio Malaysia Pahangfm sejak semalam dalam beritanya mengatakan “Himpunan Hijau gagal kerana dihadiri tidak sampai 3,000 orang!”
Ramai juga menyatakan terkejut itu kerana jarak stesen RTM itu dengan kawasan himpunan di padang MPK 4, Kemunting itu hanya sekitar satu kilometer sahaja dari tempat mereka.
Apakah wartawan mereka tidak hadir meninjau sendiri ke lokasi himpunan atau hanya mendapat maklumat daripada pihak Umno? Itukah etika kewartawanan yang mereka pelajari?
Kita percaya, makcik-makcik Umno yang ada di nun jauh di kampung dan di tanah rancangan Felda, akan percaya akan berita ini kerana selama ini berita daripada pihak Umno merupakan “kitab” bagi mereka.
Sesiapa sahaja yang menyertai atau menyaksikan perhimpunan semalam sudah pasti mendapati tidak kurang 15,000 yang hadir. Bahkan saya jangkakan lebih. Bayangkan, tiga suku padang itu dipenuhi manusia. Takkan tiga ribu?
Orang rabun pun boleh nampak himpunan melebihi 15,000 orang!
Memang, Tv3 fokuskan kepada beberapa kerat manusia dalam beritanya. Semua orang tahu itu hanya untuk menipu sedangakan kehadiran sebenar tidak difokuskan. Itupun tidak boleh dibezakan?
Sebenarnya kehadiran belasan ribu ke perhimpunan berkenaan dapat disaksikan dengan jelas dalam pelbagai laman dan facebook. Anak-anak makcik Umno yang percaya dengan propaganda Umno pun boleh dapatkan semua ini.
Gambar yang tertera di atas diambil melalui telefon bimbit dari belakang perhimpunan yang menghadap ke jalan raya.
Apa untungnya menipu dalam penyampaian berita? Tidakkah lama kelamaan akhirnya orang tidak akan mengambil sumber tersebut sebagai sesuatu yang sahih? Tidak risikonya akhir nanti berita yang benar sekalipun hanya akan dianggap tipu oleh masyarakat?
Sekarang saya mengerti mengapa Malaysia yang kononnya akan menjadi negara maju 2020 nanti, duduk di tangga hampir ke 200 dalam indeks kebebasan media!
Ala...biarkanlah dia orang nak cakap berapa pun..
ReplyDeleteYang penting orang dah datang...
Kalau datang 10 orang memang tak nampak..ni dah tentulah ramai...
Tok Nan suka kerana kemasukan pelancung keKuantan menguntungkan negeri Pahang.
Akan datang,sekali lagi Tok Nan akan berasa suka apabila ramai reporter seluruh dunia buat liputan kematian beramai ramai diKuantan akibat pencemaran alam sekitar berpunca dari Lynas.Boleh menambahkan pendapatan penggali kubur,tukang mandi jenazah,tukang buat batu nisan.Silap silap tukang gali kubur,tukang mandi jenazah dan tukang buat batu nisan mampus dulu!Sampai keVietnam bau bangkai manusia dan binatang.....
Oleh itu eloklah kediaman Tok Nan dipindahkan sekarang betul betul dipintu masuk kekilang Lynas.
Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil Wan Abdul Jalil umno jerantut adalah seorang crook yg mengambil wang dari orang ramai dan lari.Banyak orang dah kena tipu.merosakkan nama UMNO sahaja
ReplyDelete