Friday, February 10, 2012

Harussani kata Najib syirik

Najib ‘gadai akidah’ hadir Thaipusam - Harussani

Syed Mu’az Syed Putra, TMI, 10 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

9 comments:

  1. Kita harap Hasan Ali akan perangi gejala murtad ini

    ReplyDelete
  2. Tu dasar wasatiyyah Umno yg diperkenalkan oleh Najib

    ReplyDelete
  3. Kemana nak dibawa halatuju konsep wasatiyyahnya..

    ReplyDelete
  4. Kekadang terlalu leka hingga terlupa batas2 dan sekatan itu...

    ReplyDelete
  5. susah juga jadi pm ni ye?
    bila nak jaga hati semua bangsa,semua kaum..dah murtad la pulak....
    agak agaknye la...dia hadir disitu nak beribadat ke apa...
    tapi kalau dalam hatinya berkata:
    aku tidak menyembah apa yang engkau sembah
    dan engkau tidak pula menyembah apa yang aku sembah
    engkau dengan agama mu dan aku dengan agama ku

    agak agak murtad tak?

    kita tidak boleh menghina agama lain ,semua makhluk Allah..
    dan semua kejadian Allah
    Allah Maha Mengetahui....
    janganlah kita semudah itu menjatuhkan murtad sebagaimana mudahnya menjatuhkan talak kepada perempuan yang bernama isteri..wllahualam...

    ReplyDelete
  6. ALA...ORANG PAS NI MENGUMPAT JE LEBIH..
    SEMAYANG TAK TINGGAL!KOPIAH SAMPAI BERKARAT ATAS KEPALA!
    SEMUA PAHALA DAN AMAL BAIK YANG DILAKUKAN SEPANJANG HARI 0.SEMUA DAPAT KAT NAJIB...

    ReplyDelete
  7. Keputusan:
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

    Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

    Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....
    terima kasih atas penerangan ini.
    Allah Ta'ala telah menurunkan kitab kitab Al Quran,Injil,Taurat,Zabur..
    Dia juga telah menjadikan manusia berpuak puak dan kitab kitab itu menjadi panduan kepada puak masing masing..

    kenapa tidak dijadikanNya plenet Bumi khusus untuk Islam,Marikh untuk Kristian,Pluto untuk Hindu dan sebagainya?
    lu kajilah sendiri dan lu pikirlah sendiri.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pula kata Harussani tentang Anuar mempertahankan keselamatan Israel....

      Delete