Tuesday, February 21, 2012

EGM KPF besok batal

Terkini,sumber daripada KPF memaklumkan,EGM Khas esok telah dibatalkan.EGM tersebut adalah sia sia untuk diteruskan kerana Mahkamah Tinggi Kuantan telah melarang KPF dari membincangkan pelupusan ekuiti KPF sebanyak 51% kepada FGV.

Satu kemenangan kepada peneroka yang sayangkan harta benda Felda dan pengajaran kepada penjoli dan perasuah.

Kini rakyat tahu, siapakah yang harus dibakulsampahkan!

Sementara itu, Mazlan Aliman menghantar perutusan berikut:

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia.

Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta Warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, 'berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan(Shamsudin Othman)' dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru harakan Felda.

ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai ADUN Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan Kerajaan.

Menolak penyenaraian FGVH bukan berarti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau meng'antarabangsakan' Felda di peta dunia. Proses penambah baikkan keatas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.

Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Dato' Sabri Ahmad dan Dato' Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Dato' Zulkefly Abd Wahab dan En Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana di asaskan Allahyarham Tun Abd Razak.

5 comments:

  1. SYABAS.SELAMATKAN PENEROKA,SELAMATKAN FELDA.HUMBANKAN ISA SAMAD DARI FELDA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. selama ini orang pendek yg baru nikah itulah tempat najib bergantung harap utk mencari duit utk Umno belanja PRU 13!

      Delete
  2. SETUJU..SETUJU..SETUJU...
    SINGKIRKAN JE PENDEK TU!!!!
    ORANG N9 DAH BUANG,FELDA GIKUTIP KEJADAH APA....
    LAHANAT PUNYA ISA KONTOT!!!!

    ReplyDelete
  3. isa pendek tu apa yg dia nampak hanyalah duit..org N9 mmg xsuka dia tu termasuklah den...hamlau punya keturunan tuh

    ReplyDelete
  4. I S A = MOLEK SUMBAT DALAM "ISA" JER!PEROMPAK BERLESEN DISUKAI NAJIB BINTI ROSMAH!

    ReplyDelete