Saturday, January 28, 2012

Penduduk jadi mangsa kontraktor Umno berbalah

BERA: Kontraktor dan sub-kontraktor Umno bagi projek bekalan air yang bertelingkah sesama mereka tidak sepatutnya mengheret penduduk di enam perkampungan Orang Asli di daerah ini menjadi mangsa dendam mereka.

Mengulas kejadian saluran paip air yang dimusnahkan akibat perbalahan tersebut, Mazlan Aliman berkata kejadian itu merupakan perbuatan khianat serta penganiyaan kepada masyarakat Orang Asli yang sepatutnya menikmati kemudahan asas sebagai rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Penyelia Parlimen Bera berkata, rombongannya bersama PAS Bera telah dijemput meninjau ke kampung Kuala Serting di sini minggu lalu setelah dimaklumkan saluran paip dimusnahkan sehingga penduduk menghadapi terputus bekalan air.

“Yang mengejutkan kami ia dirosakkan sendiri oleh subkontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan hanya kerana bayaran tidak diperolehi daripada kontraktor utama Rossington Sdn Bhd.

“Penduduk memberitahu, mereka baru empat hari menerima air bersih tiba-tiba bekalan terputus. Rupa-rupanya jentolak membongkar saluran paip yang telah ditanam dipecah dan dimusnahkan. Ini ibarat pepatah marahkan nyamuk kelambu di bakar.

“Memang tidak masuk akal, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air bila dah siap dimusnahkan pula. Orang siuman tak akan buat kerja seperti itu. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja.

Mazlan berkata, akibat daripada pemusnahan itu beberapa buah perkampungan Orang Asli yang lain Kampung Lengot, Lubuk Perah, Kampung Patil, Kampung Lubuk Tambangan dan Kampung Pasal turut mengalami nasib yang sama.

Sementara itu, wakil penduduk perkampungan Orang Asli turut membuat laporan polis di IPD Bera kelmarin kerana pertelingkahan di antara kontraktor dan subkontraktor lantikan Umno itu menyebabkan penduduk Orang Asli teraniaya.

Mereka berbuat demikian meskipun telah dilarang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan sebelum itu kerana beranggapan pemimpin-pemimpin Umno tempatan didakwa gagal menyelesaikan masalah terbabit.

Mazlan berkata, projek yang dimusnahkan itu adalah sebahagian daripada projek bekalan air ke seluruh negeri Pahang semasa kempen pilihan raya umum (PRU) pada tahun 2008 lalu bernilai RM112 juta.

Projek tersebut telah dikurniakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Rossington Consolidated Sdn Bhd bagi seluruh penempatan Orang Asal di Negeri Pahang, kemudian diagihkan pula kepada lima subkontraktor.

Tambah Mazlan, ada pihak menganggarkan kerugian hampir RM 2 juta bagi kerosakan infrastuktur di Kampung Kuala Serting itu.

“Ada sebahagian penduduk di beberapa kampung terbabit sudah membina kolah atau singki untuk kegunaan seharian. Sekarang bukan sahaja mereka kerugian kerana perlu membina semua itu, tetapi terpaksa melupakan hasrat untuk terus menerima bekalan air terus ke rumah,” katanya.

“Ada kampung sudah menerima bekalan air sejak tahun lepas, tetapi ada juga yang baru menerimanya selama empat hari saja. Jadi, tindakan ini benar-benar menyusahkan penduduk Orang Asli,” katanya.

Serentak dengan itu Mazlan menggesa pihak agensi yang terlibat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera kerana pertelingkahan sesama Umno tidak sepatutnya menyebabkan kebajikan rakyat dikorbankan.

“Kementerian Luar Bandar yang diterajui Datuk Seri Shafei Afdal mesti buat penjelasan. Ini wang rakyat dan projek untuk rakyat. Kelemahan Kjaan BN adalah kepercayaan penuh diberi kepada kontraktor tanpa pemantauan rapi. Inilah akibatnya beri projek kepada kroni atau kontraktor yang beramanah. SPRM juga wajib siasat,” gesanya.

CAPTION:
1. Mazlan ketika melawat perkampungan Orang Asli
2. Banner yang dipasang tanda bantahan penduduk




5 comments:

  1. kurang ajar punya kontraktor!!!!
    patutnya dibelasah aje pekerja yang memusnahkan paip itu....
    bakar je jentolak tu!!!
    buat repot polis apa dapat?abis abis pun kes sivil...padahal rakyat yang tak bersalah menjadi mangsa..
    haram jadah punya kontraktor!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dowh!..tak baik cakap gitu, sub-kontraktor tu rakyat gak..ada pekerja, rakyat gak, ada anak bini , rakyat gak...kalu kontraktor utama dah tak bayar pitih 18 bulan, lagu mana nak cari makan kat tempat lain, modal tak de, bank hilang percaya dah... kesian jugak!!. kontraktor utama ni salah urus wang agaknya tak..kerajaan bayar dah.

      Delete
  2. Dua2 tu kroni Mail Sabri. Patutnya menteri gula tu boleh selesaikan ajer lah anak buah bergaduh rebut pitih.

    Tu lah, asal lepas kat Umno tu jadinya projek utk rakyat

    ReplyDelete
  3. erm ade gamba paip yg dipecahkan? mahu tgk juga

    ReplyDelete
  4. semua badan2 yg terlibat patut masuk campur dan selidik isu ni dari akar main cont dan hujung dahan sub cont. masing2 cuba lepaskan leher yg tercekik. tuduh menuduh antara satu sama lain. berjuta nilai projek, berjuta juga alasan yg diberi. apa jadi pada duit rakyat yg telah dibayar kepada main cont patut disiasat. alasan projek rugi tak masuk akal. mana ada orang buat business mahu rugi. SPRM patut turun padang. bukan setakat berkata2 saja. Walk the talk, please!

    ReplyDelete