Dalam masa bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dijunjung sebagai ‘hero’ oleh media Umno, beliau masih menerima elaun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia yang dimenangi atas calon PAS.
Sama ada sedar atau tidak, sekeras manapun dia menghentam PAS, beliau tetap bakal menerima pencen nanti atas kapasiti bekas wakil rakyat PAS. Maknanya tanpa PAS, beliau tidak mungkin menikmati wang seumur hidupnya itu.
Jika berpuluh ribu yang membantunya untuk menang pilihan raya tempoh hari dan akhirnya beroleh nikmat wang seumur hidup (pencen) untuk Hasan seorang, puluhan ribu yang bekerja untuk Hasan itu dapat apa?
Oleh itu jika pakar motivasi itu benar-benar ada maruah, letakkan juga jawatan Adun serta jangan terima pencen hasil kemenangan kerusi parlimen dan Dun atas nama PAS pada 1999.
PAS sudah banyak bersabar, menahan nafas dengan perangai
‘parasit’ yang sangat gemar memaki hamun parti ‘yang memberinya makan’ itu melalui lidah rasmi Umno.
Sehari dua ini Hasan menjadi sangat popular dalam media lidah Umno, satu keadaan yang tidak pernah dinikmatinya ketika berada dalam PAS. Sebenarnya sikap mahukan glamor inilah yang tidak pernah padam dalam jiwa Hasan seperti yang dirasainya sejak dulu, tetapi tidak didapati dalam PAS.
Kini melalui Hasan yang gila glamor ini, untungnya Umno ialah tidak payah menangkis serangan rasuah, kesusahan rakyat dan rungutan kebobrokan sistem kerajaan dalam sehari dua ini.
Saya percaya apabila lidah rasmi Umno pun sudah jelak dan menyampah dengan Hasan, mereka juga akhirnya akan meminggirkan Hasan, umpamanya lebih baik memfitnah Anwar.
Saya masih ingat, selepas Hasan kalah PRU 1999 beliau berada dalam keadaan yang sangat daif dan dengar cerita hampir diisytihar bankrap termasuk tanah tapak perniagaan motivasinya hampir dirampas.
Saya tahu, pada masa itu usahawan dalam PASlah yang berusaha mati-matian menyelamatkan beliau dengan menebus tanahnya dan sebagainya.
Saya juga tidak lupa, jika di Pahang sayalah antara yang dihubungi Hasan Ali untuk mencarikan ‘projek’ ceramah atau motivasinya iaitu antara tiga ke empat program sehari. Dan bayaran yang dikenakan, ‘boleh tahan’.
Dalam keadaan seteruk itu, ahli-ahli PAS tidak banyak yang merungut tentang karenah Hasan. Hasan terus diberi kepercayaan dan diangkat sebagai tokoh.
Hari ini Hasan yang dulunya sering mendapat ihsan daripada ahli PAS, kini mahu menjelajah memburukkan jamaah yang pernah menyelamatkan air mukanya dulu.
Sudah dua kali ‘anak Ali’ yang dikutip dari longkang dan dibersihkan lalu diangkat ke pentas, akhirnya kencing balik kepada PAS.
Pertama Ibrahim Ali dan kedua Hasan Ali
Terlanjur dah dedah mendedah ni, saya nak beritahu ada sahabat saya pengusaha travel dan Umrah beritahu Hasan Ali hutang dgn dia RM200,000.
ReplyDeletePada masa tu 'Sabha Travel' milik Hasan Ali dah sangkut, tapi dia tetap cari orang pergi Umrah tumpang melalui syarikat sahabat itu dan kutip duit dari jamaah.
Duit dia sapu, tapi kos itu tidak dibayar kpd syarikat sahabat KL itu walaupun tuntutan dan invois dibuat.
Moral ceritanya, Umrah pun hasan Ali nak tipu!