Tuesday, January 17, 2012

Umno seperti kereta ‘total loss’

TEMERLOH: Umno diibaratkan seperti kereta ‘total loss’ sehingga tidak boleh digunakan lagi dan rakyat menukar ‘kenderaan baru’ bagi membela nasib mereka di negara ini.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ini disebabkan sepanjang 54 tahun Umno bersama sekutunya memerintah negara ini semakin banyak kebobrokan berlaku termasuk gagal memartabatkan orang Melayu serta bahasa dan agama mereka.

“Kita ingat selepas merdeka akan didaulatkan agama dan bahasa seperti tercatat dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi itu tidak berlaku. Buktinya dasar PPSMI (Pembelajaran dan Pelajaran Sains dan Matematik dalan bahasa Inggeris) telah meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“Kita dapat lihat juga bagaimana sekolah agama rakyat (SAR) yang sekian lama mengajar Islam satu demi satu ditutup kerana disekat bantuan perkapita dan agihan zakat.

“Ekonomi? Negara kita kaya raya tapi rakyatnya miskin, cuba bandingkan kedudukan orang Islam dengan bukan Islam. Mahasiswa yang yang mula bekerja dengan gaji RM3,000, belum dapat gaji PTPTN dah kejar. Bila hutang kereta dan rumah dikejar bank pula,” katanya ketika berceramah di Darul Amin Sungai Gau di sini semalam.

Sebelum itu Abu Bakar kempen Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) peringkat negeri Pahang.

KAWAN ialah kempen menggerakkan masyarakat, guru dan petugas parti bagi menangani gejala jenayah, vandalisme dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta melahirkan masyarakat yang saling nasihat menasihati.

Turut berceramah Exco Muslimat Pusat Normala Sudirman, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Yang Di-Pertua PAS Temerloh Jusoh Darus.

Abu Bakar berkata, Umno gagal memimpin umat Islam terutama generasi muda sehingga idola mereka pada masa ini bukan ulamak tetapi selebriti separuh bogel.

“Tuan-tuan tahu dari tahun 2006 hingga 2010 saja terdapat 86,000 anak luar nikah... jadi di mana maruah kita?

“Sebab itu saya kata sepanjang 50 tahun memerintah akhirnya Umno itu sendiri yang sudah rosak total loss sehingga tidak boleh dibaiki lagi dan di sinilah rasionalnya PAS ganti Umno,” katanya.

Tambah Abu Bakar, yang lebih menyedihkan lagi rasuah dan penyelewengan telah merosakkan Umno dan agensi dalam kerajaan sendiri sehingga wang rakyat menjadi ‘abu’ berbilion ringgit.

Sementara itu Normala atau Cikgu Mala yang berceramah sebelum itu yakin entiti guru yang berjumlah lebih 400,000 akan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, guru-guru yang telah sedia berat beban tugasnya terpaksa menjeruk rasa kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya termasuk boleh ditukar sesuka hati, dinafikan elaun perjalanan dan disekat elaun perpindahan.

“Tetapi dalam masa yang sama Permata yang dipeloporo isteri Perdana Menteri diberikan peruntukan besar,” katanya.

Mengenai gerak kerja parti ke arah PRU, Cikgu Mala meminta semua penyokong dan pendokong PAS berperanan mengikut kemampuan masing-masing bagi menguatkan parti.

“Kalau kita tidak boleh jadi bumbung kenapa kita tidak jadi tiang yang menegakkan rumah. Kalau kita tidak boleh jadi tiang kenapa tidak boleh jadi paku yang melekatkan papan. Kalau kita tidak boleh jadi paku kenapa tidak jadi lantai tempat isi rumah berpijak,” katanya.


2 comments:

  1. biar humor jangan homoJanuary 30, 2012 at 1:00 AM

    TOTAL LOSS PUN TOTAL LOST LA DATUK........
    YANG DIAGUNG AGUNGKAN TU DAH TERANG DAN NYATA TALIBARUT YAHUDI APA PULA CERITANYA?
    YANG DENGAR CERAMAHNYA SEMUA BERSONGKOK BERSERBAN.YANG PEREMPUAN SEMUA BERTUDUNG.TAPI ORANG YANG DIJULANG TU PENGKHIANAT MUSLIMIN...MACAMANA TU?
    KAKI BELASAH LUBANG JUBO DAN KAKI SAPU BINI ORANG.TU YANG DILANTIK MENJADI KHALIFAH???
    BAWAK BAWAK LA MENGUCAP DATUK.....
    PERBUATAN DIA TU NABI TAK MENGAKU UMAT..MACAMANA PULA BILA BERJEMAAH?TAK TERPUTUS KE SAF...
    KITA DIBERIKAN AKAL SUPAYA BERFIKIR.DALAM KES 901 TAK NAMPAK KE NEGARA POLIS DUNIA TU PANTAU KES TU?KENAPA?SEKARANG MEMPERTAHANKAN ISRAEL PULAK...DATUK NAK IKUT,IKUT LAH DIA...TAPI JANGAN NAK HERET KAMI SEMUA PULAK....SEBENARNYA BUKAN UMNO YANG TOTAL LOSS.TAPI ORANG YANG DIJULANG OLEH PR TU YANG TOTAL LOSS!MANA TAKNYA?OTAK KUNING!!!

    ReplyDelete
  2. Yang confirmed Total Lost = Altantuya,exgf Najib.

    ReplyDelete