Wednesday, January 4, 2012

KPF batal mesyuarat, injunksi peneroka ditarik balik

KUANTAN, 4 Jan: Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok (5 Januari) dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik.

Peguam kepada empat orang peneroka (plantif), Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan.

“Bagaimanapun jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung KPF, kami akan memfailkan injunksi lagi, katanya ketika dihubungi.

Tambah Harris, permohonan Felda untuk kos telah di tolak mahkamah.

Rabu lalu, beliau telah mengemukakan “interim injunction” di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari.

Sebelum itu, empat orang peneroka Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya ahli KPF dari Felda Jengka 15, telah memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Saman tersebut adalah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

4 comments:

  1. Silap tu. Permohonan FELDA untuk kos di tolak. Bukan permohonan peneroka ... harap di berbetulkan

    ReplyDelete
  2. Ok, telah diperbetulkan. Mohon maaf kepada tuan peguam kerana tersilap petik kenyataan.

    Maaf dan terima kasih.

    ReplyDelete
  3. syabas peneroka....

    ReplyDelete