Saturday, January 21, 2012

Beli hotel guna wang zakat?

Pada ketika kecur diperkatakan orang merata-rata tentang kontroversi wang zakat MAIWP digunakan menteri untuk tujuan tertentu, tiba-tiba tersembul pula satu cerita mengenai sebuah hotel di Kuantan telah dibeli kononnya menggunakan wang kutipan zakat.

Menurut sumber, perkara itu didedahkan oleh ‘orang dalam‘ sendiri.

Dikatakan, pada masa ini isu ‘beli hotel bintang dengan duit zakat’ itu sudah diketahui ramai dan dibicarakan orang yang tahu secara terbuka.

Rata-rata berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana membeli hotel itu tidak jelas masuk dalam asnaf yang mana. Ada juga yang kecewa kerana keperluan wang zakat diagihkan secara asnaf masih banyak perlu dipenuhkan.

Itulah kata mereka. Tetapi ada juga yang mahu terus merahsiakan kerana katanya memperkatakan tentang wang zakat dikatakan sensitif. Jadi masih banyak yang belum jelas.

Kami akan cuba menyiasat bukti lanjut berkaitan perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam. Kami berjanji akan mendedahkan duduk perkara, apabila sisatan siap nanti.

3 comments:

  1. Kita berzakat ikut cara tradisi je la..
    Beri sendiri pada rumah anak yatim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, dah tentu sampai kpd asnaf

      Delete
    2. teguran.... anak yatim bukan antara 9 asnaf yang layak dapat duit zakat... saya sokong, jika pemerintah masih yang jahil, kita sendiri agihkan wang zakat sendiri kepada asnaf2 yang memerlukan di sekitar kediaman..

      Delete