Sunday, January 1, 2012

Tragedi berdarah di UPSI, gambaran kerajaan BN 2012

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

~ Sumber: Malaysiakini

3 comments:

  1. Itulah janji transformasi... transformasi.... transformasi Najib!

    Agaknya Umno ingat rakyat Malaysia ni bodoh semuanya

    ReplyDelete
  2. Gambar2 sekitar perhimpunan di hadapan balai polis Slim River.

    ReplyDelete
  3. Inilah tanda tanda berakhirnya pemerentahan Najib dan berkuburnya UMNO dalam PU 13.
    Kita tengok je apa diaorang buat...jawapan dan keputusannya ada dimeja undi dalam PU 13 nanti..
    Setelah peneroka dipendalaman diperbodohkan,cerdik pandai kita dimenara gading juga nak diperlakukan begitu?Kalau diIraq,Bush dibaling dengan kasut,agak agak bila Najib nak kena baling dengan selipar jepun?

    ReplyDelete