Monday, January 2, 2012

Boboi tewas MLM kerana perli Rosmah?

Pertandingan Maharaja Lawak Mega Akhir Jumaat lalu, keputusannya telah dijuarai oleh kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon yang pada mulanya kedudukan mereka ditempat ke 3 dengan berkongsi peratusan undian 30% di belakang kumpulan Syok yang berada di tempat ke 2.

Sebelum itu kumpulan Boboi mengungguli carta di tempat pertama dan kedudukan ke 4 adalah kumpulan Saehu iaitu satu-satunya kumpulan daripada Indonesia yang bertahan ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega.

Pada mulanya ramai yang menjangkakan Boboi yang bakal bergelar juara hari itu kerana ramai yang merasakan kumpulan yang dianggotai oleh Harun Salim Bachik dan Afdzlin Shauki itu konsisten dari segi persembahan mereka sejak minggu pertama hingga akhir.

Secara jujur, saya juga meminati Boboi kerana sejak saya tonton saban minggu, saya perhatikan jenaka yang diketengah ada kelas dan up to date, bukan lawak bodoh. Pada final itupun saya menjerit menjangkakan Boboi juara kerana beranggapan Boboi akan mendapat undi SMS daripada orang muda. Sedangkan Osbon, biasalah, diminati oleh golongan tua.

Rupa-rupanya Boboi kalah kepada Osbon, apa boleh buat itu yang diumumkan.

Tetapi ada yang mengulas dalam facebook, Boboi tewas kerana dalam lawak mereka di bahagian pertama pada malam itu, kerana ada unsur-unsur memperli isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Afdzlin yang melakunkan watak sebagai “Datin Maimun” dengan mengenakan fesyen rambut berjambul ala Rosmah, apabila ditanya mahu apa, dia mahukan: “Cincin berlian, nak beg tangan mewah dan subang gelang berlian serta banglo mewah di Damansara. Juga nak berlakon video klip dengan Anuar Zain di Paris”.

Ada juga disebut MLOM, dekat dengan FLOM (First Lady of Malaysia).

Mungkin adegan tersebut secara tidak langsung atau tidak mengenakan sesiapa, tetapi ada yang berkata cara lawak Boboi itu amat tidak disenangi oleh pihak tertentu yang terdapat sedikit unsur sindiran.

Video lawak tersebut boleh dicapai di URL berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=Q9Hf1dNxwQY&feature=related

6 comments:

  1. Osbon menang pada aku kerana persembahan ke2, abon elvis amat kelakar. Tapi aku berharap osbon menang kerana mereka ni bukannya orang senang. Realiti kehidupan si os bawa teksi manakala abon pelawak biasa. Harap wang kemenangan tu dapat membawa perubahan dalam hidup mereka. Simpanan sebab usia osbon pun dah makin lanjut. ibarat os cakap: muka koyak ni laku lagi ke?"

    ReplyDelete
  2. Kami tidak langsung mempertikaikan kemenangan Osbon, harap maklum.

    Setuju dgn pendapat, wang kemenangan Osbon dapat dimanfaatkan utk hari tua. Boboi dirasakan sudah jauh lebih kaya!

    Di Malaysia ini, nasib seniman tidak dibela. Jadi berjimatlah dan berhematlah dgn wang yang ada...

    ReplyDelete
  3. Kumpulan Boboi dah isytihar masuk Umno

    hahaha...

    nak cover line kot

    ReplyDelete
  4. osbon mmg terbaik..dh leh jgka diorang akn menang..rmi expect boboi akn menang..tp kt luar kaca tv ni lg rmi sokong osbon sbb lwk yg mtg dan selamba..osbon kena bukak channel lwk la lepas ni..haha..luv osbon..*ps: tringin nk tgk gabungn boboi ngn osbon..mst skit perut guling2.. :D

    ReplyDelete
  5. Memang layak la Boboi dan Osbon digelar pelawak..sapa sapa menang pun tak apa..
    Abon pun mempunyai niat baik,nak bawa keluarga menunaikan Haji..Alhamdulillah..
    Begitu juga Os,tetap meneruskan kerjayanya sebagai pemandu teksi.
    Manakala Afdzlin dan Harun tetap dengan kelakarnya.Kita sokong mereka semua.Tentang kedudukan samada No 1 atau No 2 itu bukan ukuran.
    Apa yang menjadi tanda tanya sekarang adalah,kenapa tiba tiba saja Afdlin dan Harun membuat kenyataan menyerati UMNO seolah olah mereka berdua sedang menghadapi tekanan dari pehak lain.Parti apa pun mereka pilih bukan soalnya.Kita tetap meminati lawak mereka.Tapi saya terfikir fikir kenapa selepas lakunan mereka dirancangan Maharaja Lawak Mega,secara mendadak membuat pengakuan dalam berita diTV?Apakah kerana fahaman politik titian kerjaya mereka dibidang seni akan digugat?Contohnya,filem filem yang dihasilkan oleh Afdlin akan digam atau sebagainya?
    Apa pun harap Afdlin dan Harun bersabar kami tetap sokong filem filem lakunan mereka berdua.Yang penting periuk nasi kena jaga..
    Apa pun syabas pada Boboi dan Osbon...

    ReplyDelete
  6. Lirik lagu Pak Pandir-Yang Remeh Temeh

    Ada mata pandang
    ada telinga dengar
    ada mulut diam..
    ada tangan garu ada kaki goyang..

    Ada otak pandai
    ada akal pakai
    ada bijak gadai..
    ada mata pejam
    ada mulut kunyah..

    Yang remeh dan yang temeh
    berlegar disekeliling mu..
    buatlah..buatlah...
    buatlah tak tahu.

    Rela jadi tunggul
    rela jadi patung
    tunggu dilelong
    suruh angguk angguk
    suruh geleng geleng..

    oh pujilah aku
    ampulah aku
    senang hidup mu...
    ada tangan tadah
    ada maruah campak

    yang remeh dan yang temeh
    berlegar disekeliling mu..
    buatlah..buat lah...
    buatlah tak tahu...
    biarkan..biarkan...
    biarkan berlaku...

    ReplyDelete