Friday, January 27, 2012

Orang bodoh pun tak akan terima kenyataan bodoh

Hari ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob muncul lagi di akhbar dengan kenyataan kurang cerdik.

Antara lain beliau membidas kenyataan pembangkang (Datuk Tuan Ibrahim) kerana menabur janji, yang katanya tidak munasabah.

Sebelum ini Tuan Ibrahim ada menyebut sebahagian 'manifesto' PAS bahawa jika PR berjaya menumbangkan Umno/BN, antara lain ialah akan menawarkan tanah kepada rakyat.

Kata Tok Nan: "Hanya orang jahil boleh menipu orang jahil. Kalau kita tidak jahil, kita tidak akan tertipu.

"Bagaimana mereka boleh memberi tanah lot tanah untuk setiapo rakyat negeri ini yang berjumlah 1.5 juta sedangkan tanah yang boleh digunakan hanya 3 peratus. Yang lain ialah rezab hutan, lomnbong dan tasik".

Lohh wok, kenapalah bodoh sangat wok.

1.5 juta rakyat itu jumlah keseluruhan rakyat! Budak umur 7 tahun takkan nak dibagi lot tanah, orang OKU takkan nak bagi suurh usahakan tanah, tok nenek yang dah umur dekat 100 takkan nakkan tanah lagi, melainkan tanah kubur!

Orang yang dah kaya banyak tanah macam Tok Nan, memang dah tak layak dapat lot tanah.

Persoalannya rakyat yang tidak bertanah yang gagal dibantu oleh kerajaan Umno/BN, atau sudah tinggal puluhan tahun tetapi gagal diberi hak milik. Inilah yang mahu dibantu.

Alah wok, tanah di Bukit Tinggi diberi beribu ekar kepada tauke Cina... dan banyak lagilah tak mahu sebut, yang itu tidak pulak mustahil.

Kalau ikut standard pemikiran Tok Nan, negeri Pahang ini dah mengalahkan Singapura dan Penang, yang dah penuh sesak sampai rakyat tak boleh duduk atas tanah lagi!

Nampaknya, orang bodoh pun payah nak percaya dengan kenyataan bodoh (melainkan Umno).



1 comment:

  1. boleh lak tok nan kata rezab hutan ye?abis hutan simpan kekal yang ditebang dan digondolkan tu untuk siapa?
    janganlah nak membangangkan orang macam membangangkan orang orang felda....tanah rezab yang dah diusahakan pun nak dirampas...tanah haram yang yang diteroka oleh orang cina berpuluh ribu hektar tu tak disentuh pulak...malah diberi geran lagi!!!
    cukup la nak jadi tukang hangguk umno tu...lepas ni bila pas memerentah,baru la rakyat pahang ni tau tembelang umno....

    ReplyDelete