Kini sudah ada suara-suara di facebook yang menyatakan bahawa perhimpunan aman di mahkamah Isnin ini yang diberi kebenaran oleh polis Kuala Lumpur semalam, adalah perangkap. Sejauh manakah benarnya? Jika begitu adakah penganjur perlukan pelan B untuk bertindak?
Di bawah ini diperturun syarat-syarat baru yang dikenakan lewat malam tadi untuk kita nilai bersama.
PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan
Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1- Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
2- Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3- Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
4- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
5- Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
7- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
8- Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
9- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Jika mana2 arahan tidak terdapat di sini maka perkara 9 adalah dirujuk.... kuakuakuakuaaaaaa
ReplyDeletePerkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
ReplyDelete(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.
JOM RAMAIKAN SOKONGAN BA 901!!!!!!
ReplyDeleteTAK PAYAH TAKUT DENGAN PASUKAN KESELAMATAN...
KITA HIMPUNKAN 100,000 DIJALAN DUTA!
PAK MENTERI KATA TENTERA PUN NAK KAWAL KESELAMATAN DISANA??AIKS...PELIK JUGAK...BELUM ADA MANA MANA NEGARA DIDUNIA PERHIMPUNAN SEBEGINI DIKAWAL OLEH TENTERA..
APA PUN LANTAKLAH DIA...
YANG PENTING SOKONGAN PADU HARUS DITERUSKAN!
YANG CAPEK DATANG BERTONGKAT
YANG BUTA DATANG MERABA
YANG GEDIK MENGUMPUL HARTA
HIDUP 901!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!