Monday, October 11, 2010

Biadab, Presiden MCA 'serang' Islam

Mungkin hasrat Presiden MCA Dr Chua Soi Lek ialah untuk menyerang PAS namun beliau tidak sedar bahawa apa yang diucapkannya itu ialah prejudisnya terhadap Islam dan boleh menyinggung perasaan penganut-penganut Islam di tanah air ini.

Menurut laman Free Malaysia Today (FMT), pada mesyuarat agung tahunan MCA ke 57 Ahad lalu di Kuala Lumpur, Chua pada akhir ucapannya memperlihatkan salah faham (sebenarnya kebodohan melampaunya terhadap Islam) apabila dengan penuh prejudis beliau menyerang Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau sepatutnya sedar bahawa Islam bukan ciptaan PAS.

Katanya, "jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya, PAS akan menerajui pakatan itu. PAS tidak akan lupa dengan pendiriannya membawa Islam yang bercorak autokratik. Jika PAS kembali berkuasa, parti itu akan memutar jam kembali ke belakang.

(Dalam akhbar The Star dimuatkan ucapan Soi Lek seperti berikut: "In the battle cry for change by the Pakatan Rakyat in the 2008 elections, we noticed that the only change DAP has brought about was to strengthen PAS and deliver Chinese support to them.

"We feel if Pakatan comes to power, PAS would be in the captain’s seat. PAS will not forget its autocratic Islamic stand, and don’t be surprised that if PAS comes back to power, it will turn back the clock").


Jika diteliti, kesan ucapan tersebut amat merbahaya dan bersifat provokatif serta sering diulang-ulang oleh pemimpin nombor satu parti kedua terbesar Barisan Nasional itu bagi menakut-nakutkan para pengundi, tanpa mengira bangsa dan pegangan, supaya menjauhkan diri dari PAS.

Pada mesyuarat agung tahunan parti itu di Alor Setar, Kedah baru-baru ini, Chua juga menyuarakan perasaan prejudisnya terhadap Islam. Pada ketika itu beliau menyalahkan Islam yang mengakibatkan orang-orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah, khususnya di kalangan ahli-ahli Umno dan PAS.

Apa yang amat melukakan ialah Chua menganggap Islam sebagai satu agama yang mundur dan menolak pembangunan. Negara akan jatuh miskin dan rakyat semakin susah.

Bila beliau belajar memahami Islam? Lebih dikesalkan lagi, kenapa hero-hero Umno dan pertubuhan ekstrimis Melayu mendiamkan diri? Apakah Chua benar-benar hebat sehingga tiada yang berani menegur?

Kenapa bekas pelakon VCD lucah ini tidak pernah belajar daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang lebih lunak, menyifatkan Islam sebagai sebuah agama yang universal, dinamik dan membawa kemajuan, bukan sahaja dari pembangunan ekonomi tetapi juga dari segi intelektual?

Malahan Guan Eng mencadangkan Pakatan Rakyat mencontohi pemerintahan Khalifah Omar bin Abdul Aziz yang memerintah dengan adil dan saksama pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah.

Chua mungkin seorang doctor, tetapi jelas langsung tidak faham tentang kebangkitan Islam pada zaman Kerajaan Bani Abbasiah di antara tahun 750 hingga 1258 Masehi sebelum tentera-tentera Mongol menyerang Baghdad pada tahun 1258.

Tempuh pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiah merupakan zaman kegemilangan Islam dan kemuncak kepada perkembangan ilmu, bukan sahaja di dunia Islam malahan ditimba oleh dunia Barat.

Pada ketika itulah munculnya tokoh-tokoh Islam yang masyhur seperti Ibnu Sina, Al Biruni, Al Farabi, Khawarizmi, Al Thabari, Jalaluddin Al Suyuti, Ibnu Kashir dan Ibnu Ataillah Al Asykandari dan ramai lagi.

Tidak tahukah Chua, bahawa sebahagian ilmu kedoktoran dan kesihatan yang dipelajarinya itu dicedok daripada kajian ilmuan Islam. Mengapa mengukur Islam dengan memahami sebagaimana Islam difahami Umno? Islam bukan Umno sebagaimana Umno bukan Islam. Jauh tu!

Menurut FMT lagi, apa yang perlu difahami oleh Chua ialah kemunduran umat Islam di negara ini adalah akibat salah guna kuasa, termasuk oleh pemimpin-pemimpin Umno, yang berbangsa Melayu-Islam yang menerajui Barisan Nasional di negara ini.

“Mereka merampok kekayaan negara dengan amalan rasuah yang berleluasa, pentingkan kroni dan keluarga, ketirisan kewangan, melaksanakan projek-projek berskala besar hingga menyebabkan khazanah negara menjadi kering kontang.

“Dalam hal ini, eloklah Chua memperbetulkan moral dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum mencerca agama Islam dan PAS kerana skandal seks beliau dengan seorang wanita masih disebut-sebut hingga menjadi hangat semula.

“Sehinggakan sayap wanitanya sendiri mencerca beliau dengan menyatakan bahawa parti MCA tidak layak dipimpin oleh seorang yang rosak moralnya.”

Sejahil-jahil Chua, barangkali Umno lebih jahil daripadanya.




No comments:

Post a Comment