Thursday, October 14, 2010

Rupa-rupanya Brahim Ali ada kencing manis

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Presiden (radikal Melayu) Perkasa Ibrahim Ali berkata demikian kepada pemberita apabila ditanyakan mengapa beliau tidak menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, mendiang Edmund Chong Ket Wah ketika parlimen bertakur baru-baru ini.

Melihat kepada kegarangannya ‘menyerang’ sana menyerang sini, sudah tentu ramai yang terperanjat dengan kenyataan Ahli Parlimen (Bebas) Pasir Mas yang menang di bawah lambang PAS ini.

Melihat kepada keceluparannya dalam beberapa isu, tentu tidak ramai yang percaya bahawa politikus berbadan “dompok” yang mendapat jolokan ‘katak’ itu penghidap penyakit yang boleh membawa maut.

Rupa-rupanya, tidak semestinya orang yang garang itu sihat dan tidak selalunya orang yang kelihatan samseng itu boleh pantas berdiri apabila diminta!

Baru-baru ini Ibrahim menerima aib yang tidak sedikit apabila beliau dilucutkan gelaran Dato’ oleh Sultan Kelantan. Melihat kepada kasih rakyat yang menjunjung Sultan, apabila seseorang yang ditarik balik gelaran, itu bermakna orang tersebut juga akan dianggap terpinggir, tidak dikehendaki lagi dan seolah-olah macam “dibuang negeri”.

Kemana lagi mahu membina kerjaya politik selepas ini?

Ini episod malang bagi tokoh yang pernah menghuru-harakan Kelantan sehingga membawa kepada Mageran dulu. Meskipun dia berulang-kali kata “tak kesah”.

Pernah semasa kecil-kcil dulu, saya diajar supaya menghormati orang tua terutamanya orang lebai. Tidak boleh menyanggah kata-kata mereka, apa lagi menghina mereka. Saya tidak berapa faham ketika itu apakah motif dan akibatnya.

Tetapi apabila seseorang itu boleh “berperang” dengan Tuan Guru dan boleh menghentamnya sesuka hati, maka fahamlah kita bahawa natijahnya hidup orang itu akan ‘terlaknat’ dan dibenci orang!

Terbaru, Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung dan dijadualkan dibedah Isnin ini.

Kita doakan yang baik-baik saja...





No comments:

Post a Comment