Wednesday, October 13, 2010

Baru sekarang sedar bahaya kawasan korek pasir?

TEMERLOH: Kawasan mengorek pasir di sepanjang sungai Pahang berkemungkinan diisytiharkan sebagai kawasan larangan kepada orang ramai untuk sebarang kegiatan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat mingguan Exco minggu depan.

Beliau berkata tindakan itu perlu memandangkan kawasan mengorek pasir disepanjang sungai Pahang dan beberapa sungai di negeri itu sangat bahaya kerana paras airnya dan mempunyai banyak kawasan pasir jerlus.

"Saya akan membawa perkara ini kepada mesyuarat mingguan Exco supaya satu larangan akan dikuatkuasakan bagi mengelakkan kejadian mati lemas berlakudi kawasan mengorek pasir," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau kawasan mengorek pasir dekat Kampung Buntut Pulau di sini Selasa di mana berlaku kejadian lemas membabitkan seorang pemandu lori ketika menangkap ikan di situ pada petang Isnin lepas.

Mohd Sharkar berkata kebanyakan kejadian mati lemas di daerah Temerlohberlaku di kawasan mengorek pasir di mana orang ramai suka menangkap ikandi kawasan terbabit.

Katanya antara cadangan yang akan dikemukakan adalah supaya mengkaji keperluan pengawal keselamatan bertugas 24 jam di kawasan operasi untuk menghalang orang ramai atau penduduk tempatan memasuki kawasan bahaya itu.

Beliau juga menggesa pemilik pam pasir di negeri itu mengambil inisiatif sendiri dengan meletakkan papan tanda amaran dilarang masuk ke kawasan berkenaan.

"Tindakan itu perlu kerana dengan adanya papan tanda seumpama itu sekurang-kurangnya akan menjadi peringatan kepada orang ramai daripada menceroboh kawasan tersebut," kata Mohd Sharkar.

- BERNAMA



2 comments:

  1. Tak kan bahayanya wujud di Sg Pahang jer,.. Sg Semantan ... apa citer???,..dengar citer banyak kroni Dato' yang dapat kelulusan operasi pasir di sepanjang Sg Semantan,...

    ReplyDelete
  2. hahaha....
    ... pelik, dia sekat kat Sg Pahang jer...
    yg kat Sungai Semantan apa citer... ni dah tentu ada udang sebalik mi ni!

    ReplyDelete