Sunday, October 10, 2010

Wan Ubaidah sampaikan ucapan Munakasyah Presiden

TEMERLOH: Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar hari ini menyampaikan ucapan sempena program Munakasyah Ucapan Presiden anjuran Dewan Muslimat PAS (DMP) Pahang.

Dalam ucapannya, Exco Muslimat PAS Pusat itu turut memberi penerangan hal-hal berkaitan pulihan raya kecil Galas.

Menurut Ketua Penerangan DMP Negeri, Ustazah Alwiah Kasdan, pada sebelah pagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad telah menyampaikan ucapan.


Kira-kira 40 orang muslimat dari seluruh Pahang telah menyertai program berkenaan yang diadakan di Dewan Abu Samah, Pejabat BPPNP yang bermula sejak pagi.


No comments:

Post a Comment