TEMERLOH: Bekas calon pilihan raya PAS Parlimen Kuala Krau Ustaz Kamal Asaari mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa musibah ribut baru-baru ini, di hadapan pejabat PAS Kerdau semalam (30 September).
Turut menyumbang kepada 20 orang yang berada di kampung sekitar Kerdau ialah bekas calon Dun Kerdau Hassanuddin Salim.

Mereka adalah sebahagian daripada 110 orang yang menerima bantuan daripada PAS selepas rumah mereka musnah dalam malapetaka ribut yang melanda Parlimen Kuala Krau baru-baru ini.
Pada masa yang sama Ustaz Kamal turut merasmikan pejabat baru Dun Kerdau, berhampiran markas Darul Hikmah.

Pengunjung yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India sekitar Kerdau pula diraikan dalam majlis jamuan makan sempena Eidulfitri.
Gambar:1. Ustaz Kamal menyampaikan sumbangan bantuan ribut
2. Ustaz Kamal rasmikan pejabat baru Dun Kerdau
3. Tetamu diraikan dalam majlis jamuan raya
4. Orang-orang kuat PAS Kawasan berdiri di hadapan pejabat baru Dun Kerdau
No comments:
Post a Comment