Saturday, October 16, 2010

Peguam teraniaya akibat politik balas dendam Umno

Bayangkan dalam dunia moden dan berada di sebuah negara merdeka ini, masih ada sikap dendam kesumat politik terhadap anak bangsa sendiri, hanya kerana berlainan parti politik.

Bercakaplah apa saja tentang "Rakyat didahulukan...", "Cemerlang, Gemilang, Rebilang" atau apa saja yang muluk-muluk, hakikatnya segelintir pimpinan Umno yang sedang berkuasa amat jahat sikapnya dan buruk feel perangainya.

Hal ini terjadi kepada seorang pengamal undang-undang, iaitu peguam yang mengusahakan perniagaan sendiri di bandar Kuala Rompin, Mohd Fadzli Ramly baru-baru ini.

Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, melainkan menjadi ahli PAS mengikut lunas-lunas demokrasi yang diizinkan undang-undang negara ini. Oleh 'ksalahan' yang sebeginilah, beliau diusir daripada premis yang disewanya.

"Tanggal 10 Oktober 2010, dengan linangan air mata, saya berkemas dan mengarahkan semua kakitangan saya mengosongkan premis yang saya sewa dari sebuah agensi kerajaan pusat. Artikel saya sebelum ini menceritakan dengan panjang lebar sejarah saya dihalau..

"Isnin 11 Oktober 2010, saya brhadapan masalah apabila saya terpaksa melayani ramai klien saya. Mereka secara rutinnya ramai datang mencari saya dan kebetulannya hari tersebut kehadiran adalah luar biasa. Saya mempunyai kes hartanah yang memerlukan untuk menandatangani borang pindahmilik, gadaian dan sebagainya. Mahu atau tidak, saya terpaksa menggunakan bonet kereta saya untuk dijadikan meja bagi tujuan tandatangan oleh klien-klien saya.

Saya turut dimaklumkan oleh jiran-jiran peniaga bersebelahan saya (di pejabat lama), bahawa ramai yang mncari saya termasuk yang merungut kerana saya seolah-olah cuba menyalahgunakan wang hartanah mereka. Tindakan ini sudah tentu memburukkan imej saya.
Hari berikutnya, saya masih gagal memperolehi pejabat baru, memaksa saya membuat pejabat sementara di bawah sepohon pokok dengan mendirikan khemah (kanopi) sementara. Bermulalah episod "negeri pasola" saya berpejabat di bawah pokok.. Ramai yang hairan, kerana biasanya setiap kanopi kecil dibina sudah pasti ada sahaja bahan jualan..tetapi saya hanyalah sebuah meja lipat, 3 biji kerusi kenduri dan sebuah komputer riba," tulisnya dalam blognya.

Tambah Fadzli, ramai yang mengerumuninya kerana ingin bertanya keadaan sebenar dan tidak sedikit juga pelanggannya yang datang mendapatkan perkhidmatan guaman.

"Apa yang saya lakukan rupa-rupanya menimbulkan rasa sakit hati teman-teman berlainan fahaman politik saya. Macam-macam tohmahan, ada yang menuduh saya meminta simpati, berlakon, publisiti murahan dan memalukan orang lain. Saya tersenyum..Manis bibir berbicara, tidak sama jiwa memikul..."

"Sejak bertanding pilihanraya umum mewakili PAS dalam dua siri pilihanraya, macam-macam kerajaan Barisan Nasional buat pada saya. Saya pernah menjadi panel guaman Unit Perumahan sebuah kerajaan negeri, tetapi hanya satu panggilan telefon, khidmat saya ditamatkan. Mereka menyekat dari saya mendapat apa-apa projek guaman dimana kerajaan berkepentingan. Sekarang saya dihalau kerana menyewa premis kerajaan. Saya tinggal sehelai sepinggang. Saya ada 5 orang kakitangan yang beranak-pinak untuk saya beri gaji..saya tidak pernah menaikkan bendera PAS di situ. Mesyuarat PAS pun tak pernah di situ..

"Isu ini mendapat perhatian media termasuk media berbahasa asing. Saya menasihati mereka supaya cerita saya tidak disensasikan dengan alasan ada yang akan terasa dan tersinggung dengan kata-kata saya kelak. Mereka boleh ambil gambar dan berita, tetapi tidak melampau dan dipolitikkan. Namun apa yang paling menyedihkan saya, bila mana seorang wartawan difahamkan telah dihina, digertak dan dihamburkan dengan macam-macam kata-kata semata-mata kerana mempertahankan cerita isu melibatkan saya oleh seorang pemimpin Barisan Nasional Pahang. Jelas pemimpin tersebut terlalu angkuh dan tidak wajar diangkat sebagai pemimpin!!

"Apa yang berlaku, saya redha dan melihatnya secara objektif. Saya suka melihat ke dalam diri saya dan memuhasabah diri saya. Tinggal lagi, saya berharap dan berdoa agar kezaliman yang menimpa saya tidak menimpa orang lain yang lebih susah dari saya. Saya meminta semua yang cintakan keadilan, agar kita sama-sama berdoa supaya mereka yang zalim ini diberikan hidayah dan menyedari kesilapan mereka. Kami semua yakin bahawa golongan zalim ini tiada tempatnya di sisi Allah SWT..."

2 comments:

  1. Sabar bro Fadzli. Ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn Tuan Harris supaya Fadzli bersabar.
    ... dan jgn lupa, PRU-13 nanti lawan dgn bos Umno tu....

    ReplyDelete