Saya terperanjat membaca sebuah artikel dalam laman pro-Umno Agendadaily yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (Dia Timbalan menteri saja tetapi laman itu bubuh dia sebagai Menteri. Silap tu!) bahawa: “Felda tidak kalah. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini selari dengan apa yang diamalkan oleh Felda selama ini,” katanya.
Tetapi Ahmad mengakui bahawa Felda kena bayar kepada peneroka. Katanya tujuan peneroka terbabit membawa perkara itu ke mahkamah adalah kerana mereka mahukan jumlah RM1,700 seekar dibayar secara tunai pada ketika itu juga.
“Bukan Felda tak mahu bayar sekaligus. Pernah sebelum ini kita bagi jumlah itu terus kepada mereka, tetapi apa yang berlaku wang itu disalahguna. Saya lihat sendiri apabila turun padang ke kawasan peneroka yang mahu mengurus kebun mereka sendiri.”
Beliau menafikan kenyataan Mazlan Aliman yang dilaporkan oleh akhbar bahawa Felda perlu membayar RM261.8 juta kepada 11 peneroka itu.
Sebenarnya dalam soal ini Ahmad Maslan yang cakap berbelit-belit, atau tidak mahu peneroka bangkit menyaman Felda. Sebab katanya:
“Kenyataan Mazlan Aliman itu seolah-olah dia nak minta peneroka saman lagi Felda. Dia cuba beri persepsi kepada peneroka, kalau saman, mesti menang. Saya nak maklumkan, kalau tak saman pun, Felda bagi juga. Jadi, jangan saman Felda. No point. Rugi sahaja sebab kena bayar peguam.”
Barangkali mungkin ada yang terkeliru dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan ini. Ceritanya begini:
Pada 29 September lalu Mahkamah Tinggi Kuantan telah memberi kemenangan kepada 10 peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 mendapatkan semula wang tabung tanam semula (TTS) berjumlah RM17,000.
Mengikut fakta kes, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.
Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.
Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.
Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.
Peneroka-peneroka berkenaan diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.daripada Felda seperti diputuskan, membuktikan kebenaran perjuangan peneroka selama ini.
Kes ini diputuskan oleh mahkamah apabila peneroka berkenaan membawa kes ini ke mahkamah, dan mahkamah putuskan peneroka menang. Yang menang tetap menang (peneroka) dan yang kalah (Felda) tetap kalah!
Yang Ahmad Maslan kata Felda tak kalah ini apa hal pulak? Dia hakim mahkamah mana pulak? Kalau Felda tak kalah siapa pula yang menang?
Itulah, Mazlan Aliman ajak debat dia tolak kata hanya mahu berdialog. Tapi bila Mazlan setuju berdialog, Ahmad Maslan terus menikuskan diri.
Ini apa hal lah pulak.
Sekadar nak bertanya, di Manek Urai dulu Ahmad Maslan pagi-pagi lagi dah turun menoreh getah orang kampung. PRK Galas ni, Datuk turun menoreh lagi ke?
No comments:
Post a Comment