Wednesday, October 20, 2010

Alahai Dato Tan...

Exco Pertanian dan Hal Ehwal Felda Datuk Tan Aminuddin Ishak sekali lagi muncul dengan kenyataan kurang cerdik dan dimarahi peneroka Felda.

Dalam akhbar Sinar Harian semalam di bawah tajuk “Serah tanah jika tidak setuju dengan Felda “, beliau merengkih dengan kenyataan peneroka yang enggan atau tidak bersetuju dengan peraturan Felda dialu-alukan menyerahkan semula tanah seluas empat hektar yang diterima dahulu kepada agensi itu kerana kerajaan sedia membelinya.

Menurutnya, tanah rancangan Felda yang diilhamkan dan diusahakan Tun Abdul Razak meninggalkan amanat supaya masyarakat Felda hidup bersatu padu.

Ada lagi hasrat Tun Razak yang sebenarnya Tok Tan Tahu, iaitu bapa Najib itu mahukan peneroka berdikari dan akhirnya boleh menguruskan ladangnya sendiri, bukannya menjadi kuli estet sebagaimana yang dikehendaki pimpinan Felda sekarang.

“Saya sendiri tidak dapat menganalisis faktor segelintir peneroka yang sentiasa memberikan pelbagai alasan dan tidak bersetuju untuk terus bersama Felda.

“Namun hakikat akhirnya, mereka ini akan mengerti bahawa matlamat dan objektif Felda adalah untuk kebaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Memang Tok Tan tak akan faham permasalahn peneroka yang rata-rata teraniaya dan ditipu Felda. Kalau Tok Tan nak tahu, beliau mestilah meletakkan pemikiran terbuka terlebih dahulu lalu mendengar rintihan peneroka. Barulah beliau boleh faham. Kalau setakat membaca akhbar lidah rasmi Umno dan membuka cuping telinga kepada pengampu-pengampu Umno di Felda, beliau tidak akan faham dulu, kini dan selamanya.

Tan berkata, peneroka perlu berubah sikap dengan tidak memikirkan tindakan Felda ke arah keburukan semata-mata, tetapi perlu memikirkan keuntungan di sebaliknya.

Betul itu. Dan Tok Tan juga perlu sedar bahawa Felda wujud megah di persada dunia hari ini adalah hasil penat lelah peneroka yang menyabung nyawa menebang hutan belantara lalu mengusahakan hasil komoditi itu terhasil bukan percuma tetapi draipada keringat, darah dan air mata peneroka.

Dan kerana itulah, Tok Tan tidak akan faham meskipun beliau Exco.



No comments:

Post a Comment