Friday, October 29, 2010

“Cakap pasal Melayu, tapi peluang Melayu ditutup”

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru berlalu, bukan main lagi pimpinan tertinggi Umno bersorak dan melompat tentang ketuanan Melayu. Kononnya, nasib Melayu akan dibela termasuk ekonominya orang Melayu akan diperjuangkan.

Betulkah begitu?

Bagi sesetengah pihak terutama orang Melayu yang duduk di bawah, ucapan pimpinan Umno hanya retorik semata-mata, bak kata pepatah “Cakap berdegar-degar, tahi sangkut digelegar”.

Demikianlah andaian mereka kerana ucapan pimpinan tersebut tidak berpijak di bumi nyata. Salah satu yang dipertikaikan ialah sikap Kementerian Kewangan yang mana menterinya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah sekelian lama membekukan lesen stesen minyak mini (mini petrol pump) kepada koperasi dan orang perseorangan.

Anehnya bagi syarikat-syarikat besar pula, stesen minyak tidak dihadkan.

Sedangkan bagi orang ramai yang berada jauh daripada bandar, stesen minyak kecil penting bagi meringankan beban kos pengangkutan penduduk setempat di samping menggerakkan ekonomi rakyat.

Pendapat tersebut diutarakan oleh Setiausaha Koperasi Felda Melati Jengka 11, Mohammad Maidin, yang menurutnya lesen perniagaan tersebut telah dibekukan oleh Menteri Kewangan sejak dua tahun lalu menyebabkan pengguna terpaksa mendapatkan bahan bakar itu dengan harga yang tinggi di kedai-kedai runcit.

Tambahnya, pembekuan tersebut turut menjejaskan peluang koperasi untuk mengusahakan bidang berkenaan walaupun terdapat keperluan mendesak.

“Stesen minyak ini perlu kerana keperluan setempat. Sedangkan kalau kita lihat di kampung-kampung atau di tanah rancangan Felda kebanyakan lori mengangkut hasil komoditi dan motorsikal penduduk tidak dapat tidak mesti guna minyak. Jadi mahu tidak mahu terpaksa beli minyak pakai botol atau gelen dari kedai runcit yang menyebabkan harganya melambung tinggi. Peniaga kecil yang mengambil kesempatan itu tidak boleh disalahkan kerana tiada kawalan.

“Dengan demikian menyebabkan kerugian. Pertama pengguna terpaksa membayar kos yang tinggi untuk tujuan pengangkutan. Yang keduanya dengan pemberian lesen itu koperasi Felda atau koperasi penduduk kampung boleh berniaga. Kena ingat, mereka ini boleh dikatakan 100 % Melayu.

“Jadi demi memenuhi keperluan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, kami mahu Menteri Kewangan mencairkan semula pembekuan untuk kepentingan rakyat bawahan bagi menambah sumber ekonomi,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohammad, pengumuman rasmi tidak dikeluarkan tetapi bila koperasi mereka mahu mengambil lesen, kakitangan kementerian memberitahu menteri sudah bekukan. Persoalannya sampai bila?

Bagi beliau, bagaimana untuk rakyat mencapai kemajuan dari segi ekonomi jika ada rakyat yang berminat untuk mengusahakan perniagaan stesen minyak sedangkan lesen tidak dikeluarkan kerajaan. Selama ini orang perseorangan atau koperasi boleh memohon. Tapi tanpa lesen ini mereka tidak boleh berniaga.

Sepatutnya persoalan ini tidak wajar dirungutkan hingga begitu sekali kerana kerajaan sewajarnya mempunyai pertimbangan dan mekanisme tersendiri. Apatah lagi dalam eks ini melibatkan koperasi Felda, yang mana urusan Felda di bawah Najib sendiri.

Jika perlu disebut, selama ini pengundi Feldalah yang begitu tegar memberikan sokongan kepada Umno/BN sehingga parti itu sudah berdiri selama setengah abad. Namun nampaknya, kelebihannya yang sepatutnya ada kepada mereka hanya dipandang sebelah mata sahaja daripada ‘Menteri Felda’ ini.

“Jika diberi peluang memang koperasi kami boleh jalankan perniagaan ini kerana modal ada tempat pun dah ada. Menteri (Perdagangan Dalam Negeri dan) Koperasi (Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri yaakob) memang sudah kami temui dan amat menggalakkan, tapi Kementerian Kewangan pula yang bekukan lesen. Dah dua tahun mohon, tapi jawapan kementerian tetap lesen beku... tanpa diberitahu sehingga bila.

“Saya lihat Menteri Kewangan (Najib) dan Menteri Koperasi (Ismail Sabri) ini dua-dua orang Pahang dan duduk dalam satu kabinet, jadi saya harap dapatlah dicari persepakatan supaya akhirnya rakyat dapat didahulukan,” katanya.




2 comments:

  1. piii dah pas

    cakap je pandai
    join dap tu apa cite

    ReplyDelete
  2. Anti-Umno-Apco-YahudiOctober 31, 2010 at 10:04 PM

    ini sah penjilat Umno-Apco ni...

    Sudahlah, awak ni bodo pi makan taik Rosmah jer laaa...

    ReplyDelete