Sunday, May 6, 2012

Sumber Umno: Bubar 14 Mei, Undi 9 Jun

Hari ini saya mendapat satu lagi mesej berbunyi begini:

PRU 13
Bubar parlimen: Isnin 14 Mei
Penamaan calon: Sabtu 26 Mei
Hari mengundi: Sabtu 9 Jun

Mesej tersebut mendakwa sumber daripada Umno, PWTC.

Kasihan rakyat Malaysia, hari peristiwa sepenting inipun, iaitu untuk menentukan masa depan negara, 28 juta rakyat masih terpaksa bermain teka-teki hanya kerana menurutkan kepala seorang pemimpin.

Tidak boleh dibayangkan, apakah nilainya rakyat negara ini di sisi pemimpin sehingga untuk mengetahui tarikh memilih pemimpin pun terpaksa dirahsiakan seperti rahsia rumah tangga dan peribadi.

Apakah Majlis Fatwa tidak mahu membuat fatwa dalam kes ini?

6 comments:

  1. Menentukan masa depan negara????
    Tak ke perhimpunan Bersih 3.0 lebih menghancurkan kesejahteraan rakyat dan masa depan negara???
    Apa yang ghairah sangatnya nak Pilihan Raya tu??Setakat ni tak ada pun rakyat yang bising tentang pilihan raya tu...
    Keharmonian yang dikecapi sekarang menyebabkan rakyat tak ambil kesah tentang itu.
    Dah tak sabar sangat ke nak menghancurkan negara??
    Sesungguhnya orang orang Melayu penyokong Keadilan dan PAS la golongan yang paling bangang sekali dialam maya ini.Merekalah golongan yang tak bersyukur dengan nikmat Illahi..Golongan inilah yang sebenarnya yang pengit terkurung akal mereka seperti budu yang terkurung didalam botol.
    Tahu tak kenapa orang orang Cina paling ramai dalam perhimpuan 3.0?Ini adalah petunjuk yang orang Melayu yang dibimbing oleh kerajaan telah mula menguasai ekonomi negara yang selama ini dimonopoli oleh kaum mereka.Orang orang Keadilan dan PAS pandir ni tahu tak berapa ramai Melayu yang mampu memiliki jet peribadi yang mereka itu tidak langsung mengharap projek projek mega kerajaan.
    Betapa selama ini Melayu diperbodohkan dengan harga barang yang beratus kali ganda contohnya barang barang yang dijual diPetaling Street.T shirt yang berharga RM15 dijual hingga RM60,jam yang berharga RM10 dijual hingga lebih RM100.Apabila Melayu diberi ruang dan peluang berniaga di up town barang barang itu dijual dengan begitu murah sekitar RM10-RM15 saja.Mereka mampu mengimpotnya sendiri dari negara China.Kalau dulu Melayu hanya mampu beli kereta 2nd hand yang berusia lebih 10 tahun yang telah digunakan oleh Cina.Tapi sekarang bukan saja menjual kereta baru,malah kereta yang baru dilancarkan jumlah orang Melayu telah menempahnya lebih 90% dari lain lain bangsa.Begitu juga dalam bidang pengangkutan seperti lori,bas dan kapalterbang.Hinggakan teksi antara bandar sudah tiada lagi.Betapa orang Melayu hidup senang sekarang?Malah kouta Haji sentiasa penuh dan rata rata rakyat dengan mudah mengerjakan Umrah setiap hari.Pergilah keKLIA tengok sendiri berapa ramai orang Melayu yang menaiki pesawat keTanah Suci setiap hari.
    Kalau dulu jangankan gaji naik,harga getah naik pun harga barang tetap naik.Sekarang?Naiklah sampai RM7 sekilo pun harga barang tetap kekal.Melayu sudah ramai mampu jadi pemborong apa jua barangan.Kita sudah menguasai ekonomi sekarang.Orang yang monopoli ekonomi selama berabad selama ni hanya mampu tulis ekor haram,dadah,judi,pelacuran dan ahlong.Malah kegiatan ah long pun sudah dipantau.
    Orang Melayu yang tunjuk perasaan hanyalah orang yang berat tulang,nak dapat duit cara mudah tanpa usaha.Pikirlah sikit...pelacur kalau tak mengangkang pun tak dapat duit....Abis,orang kita mengangkang kosong je ditepi tangga,berkelubung dengan kain sarung sampai tengahari.Lepas tu komplen sana komplen sini..Kalau ada tanah pun dibiarkan semak hinggakan pucuk ubi pun kena beli..
    Lepas tu sebok nak pilihan raya..macamlah dia sendiri nak jadi menteri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. X Updated betul Abng KL ni..... becakap hanya mengikut persepsi semta-mata... kaji lah dahulu sebelum berbicara....

      Delete
    2. Dik Huzaifah,

      Asal namanya Umno, mmg sudah buta mata hatinya. Nak marahkan Cina buat apa, Umno berkuasa ini kerana dgn undi Cinalah, jgnlah cakap besar.

      Cuba tengok sejarah PRU 1999 di mana 60% Melayu menolak Umno-BN. jika tidak dgn undi Cina, pemimpin Umno yg ada hari ini udah menjadi pembangkang. kononnya hari ni marahkan Cina?

      Sebab Cina tolak BN pada 2008.

      Jika pada PRU akan datang Melayu sekali lagi tolak Umno spt 1999, Melayu pula akan dimaki hamun oleh Umno.

      Sejarah tidak boleh ditipu, sebaliknya manuialah yg selalunya melupakan sejarah!

      Delete
  2. Najib mmg terpaksa menyembunyikan tarikh PRU. kerana apa? kerana dia takut kalah. sebab apa? sebab kalau kalah byk kesnya akan dibuka semula.

    Antaranya? kes Port Dickson.

    walaupun dah byk pendatang haram dibagi hak mengundi, Najib masih tak konfiden lagi sebab dia sgt takut dikalahkan oleh musuh dlm selimutnya sendiri.

    Siapa yg akan sabotaj? Antaranya ialah pemimpin Umno bahagian yg tidak akan dicalonkan kerana bkn winnable candidate menurut thinktank Najib.

    Tapi cai2 Umno pula menganggap PRU adalah nikmat kebendaan yg turun dari langit kerana boleh dpt duit byk. Nak mencari rezeki halal tak berapa pandai jadi tunggu Umno suap duit kantong negara.

    ReplyDelete
  3. Peliklah Umno, tak tahu kerana apa Cina kaya? Kerana Umno yg bagi tanah, bukit, pulau, balak, air projek dgn Ali baba.

    Kalau dah pulau Sinagpura boleh diberi kpd Cina, tanah KTM boleh diserah kpd Cina, telaga minyak boleh diserah pd Brunei, penasihat imej boleh dilantik Yahudi Apco, tak payahlah konon nak jadi patriotik.

    Bukit Tinggi Umno dah serah pd Cina MCA Vincent Tan. Tanah di gambang Umno jual kpd Cina Singapore. Rizab Melayu transit kuarters Umno dha jual kepada Cina, tanah keliling bandar jerantut dah jual pada jutawan Cina Lim Ah Chak. Begitu juga Raub. balak di Pahang ada ke Umno yg dpt? Ada tapi jadi ali baba erah pada Cina spt tauke Wong.

    Kalau dlm bandar bukan main susah Melayu nak dpt tapak meniaga, tapi saudagar Cina belum dpt CF pun dah boleh berniaga.

    Hari ini ada pencacai Umno nak jadi patriotik dan hero?

    Selama lebih 60 tahun Umno seselimut dgn MCA, kononnya nak main perkauman, Tapi bila berhadapan dgn Cina bkn main lunaknya cerita. Melutut merayu mintak undi dan sanggup hina Melayu PAS. Soi Lek hina hukum Islam terang2an Umno hanya bertepuk tangan.

    Hari ini pencacai Umno nak jadi hero patriotik?

    Kenapa bisingkan barang mahal? Menteri Perdagangan Umno buat apa? kenpa kalau menteri kata jgn naik barang Cina akan naikkan juga? Apa Umno dah mandul kuasa?

    PM Melayu, TPM Melayu, Menteri Melayu, DO Melayu, YDP Perbandaran Melayu, pegawai kerajaan Melayu, ahli majlis Melayu (Umno) tetapi kpd tauke Cina tu jugalah pau mintak duit.

    ReplyDelete