Thursday, May 3, 2012

Hishamuddin hilang kawalan terhadap polis

Saya agak hairan kenapa media arus perdana dan lidah rasmi Umno begitu cepat menghentikan mainan cerita-cerita daripada Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Melihat kepada berita yang dispin melalui media berkenaan, seperti himpunan-himpunan yang lalu, paling tidak seminggu atau dua minggu lidah rasmi Umno itu akan memutarbelitkan isu untuk meraih sokongan.

Rupa-rupanya mereka diarahkan untuk menghentikan segera daripada mainan isu berkaitan berikutan tidak tertahan dengan pendedahan media baru dengan aksi-aksi sebenar insiden yang dipaparkan. Demikian itu tidak menguntungkan mereka.

Betul, ramai cai-cai Umno yang begitu bernafsu mempertahankan tindakan polis terhadap warganegara Malaysia yang berhimpun menuntut keadilan. Namun think-tank Umno sendiri tidak percaya dengan keyakinan orang ramai.

Lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia sudah memainkan isu lucah dan porno semalam, hanya tiga hari selepas Himpunan Bersih 3.0. Tetapi kita tidak mahu isu keganasan polis terhadap rakyat dihentikan menurut rentak Umno.

Kezaliman dan keganasan sebuah institusi kerajaan yang dilagakan atau ditembungkan dengan rakyat mesti disebarkan sehingga ditonton oleh setiap biji mata rakyat negara ini. Biar mereka tahu.

Harakah keluaran terbaru ada menyiarkan gambar Hishamuddin sedang meneropong aksi polis menangani peserta Bersih. Caption kepda gambar tersebut ialah beliau selepas itu turun lalu mengucapkan tahniah kepada polis. Kenyataan kepada media eliau beberapa jam selepas itu ialah menyalahkan peserta walaupun siasatan belum dibuat.

Lihat alamat ini:

http://www.youtube.com/watch?v=V41QuWVyGxg

Alamat video di atas ialah bagaimana polis berlaku biadab memasuki kawasan masjid lalu membelasah umat Islam yang mahu beribadat. Saksikanlah.

Ketika itu waktu azan. Ia bermakna kurang lebih jam 4.30 petang. Waktu itu penganjur Bersih sudah memaklumkan untuk bersurai dan ketika itu umat Islam mahu menunaikan Solat Asar.

Tetapi apa yang terjadi gerombolan polis yang difahamkan menurut saksi mungkin masih dalam latihan (kerana tiada nombor tag di baju) menerpa masuk membelasah umat Islam tanpa menghormati rumah Allah.

Kita percaya cai-cai Umno akan tetap mempertahankan tindakan mereka. Lalu kita tidak harapkan hati mereka berpaling. Yang penting rakyat Malaysia melihat kebenaran.

Lebih penting sekitar 75 peratus golongan muda yang menyertai Bersih tempoh hari tidak berdiam diri sebaliknya bingkas menyedarkan rakan sebaya mereka untuk bertindak apa yang sepatutnya mereka lakukan!



No comments: