Tuesday, May 1, 2012

Hishamuddin juga perlu disiasat

Jika benar-benar mahukan keadilan total, Datuk Seri Hishamuddin juga perlu disiasat oleh badan bebas berikutan banyak laporan polis yang mengganas dalam Himpunan Bersih 3.0.

Menteri yang sepatutnya menjaga keselamatan itu perlu menjawap mengapa ada ramai polis yang menyelinap masuk di kalangan ratusan ribu dengan berlakon menjadi peserta himpunan, tetapi dalam banyak adegan polis dari Cawangan Khas atau lain-lain unit itulah yang melakukan provokasi.

Umpamanya dalam peristiwa polis melanggar rakyat hingga mati berhampiran Sogo, banyak pihak mendapati ada individu yang menyepak kereta mula-mula itu ialah polis. Cermin kereta pun dipecahkan oleh polis. Kemudian polis juga yang menyelamatkan pemandu kereta polis yang merempuh orang awam itu.

Unit Amal juga membuat perakuan mereka tidak merempuh benteng polis, tetapi yang memulakannya dipercayai kalangan polis sendiri bagi memperlihatkan himpunan yang dirancang aman itu dilihat ganas.

Penganjur Himpunan juga sudah mengarahkan bersurai lebih kurang jam 4.30 petang. Siapakah pula yang terus-terusan melakukan provokasi sehingga ke malam? Siapa yang begitu profesional boleh menggunting kawat duri di Dataran Merdeka?

Jadi umum hanya mengetahui keganasan tanpa perikemanusiaan oleh polis yang melepaskan gas pemedih mata dan meriam melepaskan hujan kimia. Tetapi yang lebih penting ialah kalangan polis yang memakai baju Bersih yang melakukan provokasi di kalangan ratusan ribu itu.

Hari ini pihak media juga pertama kali mengutuk keganasan polis. Tetapi itu polis beruniform, bagaimana yang menyelinap masuk dan berlakon?

Jika diminta bukti memang sukar, tetapi dengarlah daripada peserta himpunan. Kerana mereka pasti yang melakukan provokasi itu bukan di kalangan mereka.

Lalu Hishamuddin perlu menjawap adakah menghantar polis melakukan provokasi itu merupakan SOP. Apakah cara melayan rakyat dalam himpunan tersebut SOP Kementerian Keselamatan Dalam Negeri?

Jika mahu siasat, jangan Ambiga dan Anwar saja. Itu namanya untuk mencari populariti politik kerana dua nama tersebut sudah begitu banyak difitnah.

Siasatlah lagi lain-lain pemimpin seperti Pak Samad dan Mohd Sabu. Kadir Sheikh Fadzir ada, Aishah pun ada. Siasat juga semua 300,000 yang hadir. Mereka dating bukan untuk merusuh melainkan mahu menuntut keadilan dan kebenaran dalam sistem pilihan raya yang kotor di mana kerajaan hanya memekakkan telinga.

Setakat ini himpunan Bersih hanya diadili oleh mahkamah media lidah rasmi Umno dengan hakim-hakimnya terdiri daripada menteri-menteri Umno.

Sekali lagi jangan lupa, Anak Hussein Onn juga perlu disiasat kerana tindakan polis rata-rata dikatakan di luar batas undang-undang dan kemanusiaan!



8 comments:

  1. Pada pndangan sya ;-Siasatan yg terperinci & bhan bukti sebanyak mana sekalipun,ank Tn.Hussien Onn itu pasti akan terlepas dri dikenakan sebarang tindakan undang2 seandainya dibawa ke muka pengadilan kerana 'status'nya itu yg berkaitan dgn negara kita dan juga dlm salasiah keturunannya itu....Bagaimana pula dgn ketua polis ngra pula,,apakah beliau tdk terlibat sama dlm merancang agenda yg sangat terancang ini??...Jika hukuman didunia ini,mereka terlepas,ingatlah wahai saudara seagamaku bahawa hukuman diakhirat nnti lebih adil lagi kerana diadili oleh Allah s.w.t. kerana hanya Allah s.w.t. sahaja yg mengetahui segala-galanya apa yg telah berlaku.....Alangkah indahnya jika para pemimpin kita ini menjalankan tnggungjwb mrka sama seperti khalifah Umar bin Abdul Aziz..

    ReplyDelete
  2. Sebab itu tak boleh dibiarkan Umno perguna polis utk dilagakan dgn rakyat. Ingat, Polis bukannya alat mainan perkakas Umno. Kalau rakyat bangun, kita tentu tak negara berakhir seperti Mesir, Libya, Tunisia dsb.nya. Kalau pimpinan menguasai negara tak mau berubah, mari kita yg ubah!

    ReplyDelete
  3. Hishamuddin kata rampas kamera wartawan itu SOP.

    KPN pula kata rampas kamera wartawan bukan SOP.

    Mana satu yg betul ni?

    Kalau mcm ni punah ranah lah negara

    ReplyDelete
  4. Hishamuddim arah jangan lapor keganasan polis

    Malaysiakini

    Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan kepada pengarang media sehari sebelum BERSIH 3.0 supaya tidak melaporkan kejadian melibatkan keganasan polis?

    Naib presiden PKR N Surendran yang membangkitkan persoalan itu mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa arahan tersebut ada dikeluarkan.

    "Sekiranya ini benar, ini akan menjejaskan kebebasan media dan mempersoalkan niat kerajaan untuk menambahbaik Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," kata Surendran.

    Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Jumaat ini, kerajaan menerima kritikan pelbagai pihak atas tindakan ganas polis dan juga intimidasi ke atas wartawan yang membuat liputan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0.

    Surendran mendakwa mempunyai bukti bahawa arahan untuk menggangu, menghalang dan menahan wartawan yang membuat liputan itu dikeluarkan di peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri.

    "Sehari sebelum BERSIH 3.0, Hishammuddin mengarahkan semua ketua pengarang akhbar harian supaya mengadap beliau.

    "Dia situ, kita difahamkan, pengarang diberi arahan bagaimana untuk melaporkan berita perhimpunan BERSIH dan juga untuk mengelak daripada melaporkan keganasan polis.

    ReplyDelete
  5. Kepada pencarut2 Umno: Kalau nak mencarut, bercakap kotor menyebut kemaluan ibu bapa kamu di sini, maaf. Sila lepaskan kelucahan melampau kamu di blog2 bloger Umno. Di situlah tempat yang sesuai, bukan di sini.

    Kami tidak termakan tranformasi Najib iaitu menjadikan lucah, seks dan porno sebagai agenda perjuangan, atas nasihat Apco.

    Blog ini hanya untuk mereka yang ingin menghapuskan kezaliman!

    ReplyDelete
  6. Majlis Peguam kata: Tindakan polis 'sangat buruk' semasa Bersih.Lim Chee Wee berkata tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.

    Maknanya yg kata tindakan polis baik itu pemimpin Umno saja. Kemudian disokong oleh Umno bawahan yg jenis bodoh ni...

    ReplyDelete
  7. Jika kat luar negara tu, yang terlibat letak jawatan dah kerana rakyat lantik dan bertanggungjawab untuk rakyat. Tapi kat kita ni bila rakyat lantik dah jadi bertanggungjawab untuk jaga periuk nasi sendiri. Kalau letak jawatan habislah (P.Ramle kata fulus3).

    ReplyDelete
    Replies
    1. HISHAMUDDIN TAK PERLU DISIASAT!!!
      ORANG ORANG KL SEBENARNYA AMAT BERSYUKUR KERANA AGENDA ORANG ORANG CINA DARI DAP UNTUK BERKAMPONG BERHARI HARI DIDATARAN MERDEKA TAK KESAMPAIAN.
      BODOH!!!SAPA SURUH CARI PASAL???
      SAPE YANG BODOH DALAM HAL NI?MELAYU!!!!
      KALAU DAP NAK BERHIMPUN,BERANI DIA ORANG SAJA?KALAU TAK DIPERAMBAT DEK ORANG MELAYU KG BARU,SG MANIK,BATU PAHAT DAN N9!
      ALAHAI.....BAHALOL HARAM JADAH!

      Delete