Monday, May 14, 2012

PAS kecewa MPT turunkan bendera

PAS Kawasan Temerloh kesal dengan sikap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang didakwa mengamalkan ‘double standard’ ketika menurunkan bendera PAS dan Umno di kawasan ini.

Bukan itu saja, MPT juga didakwa berlaku tidak adil iaitu memberikan ruang penerangan kepada partu Umnop dengan sebebas-bebasnya termasuk menyediakan tempat, khemah dan kerusi milik PBT itu.

Yang Dipertua PAS Temerloh Haji Jusoh Darus berkata, ini dapat dibuktikan apabila penceramah Umno seperti Dato’ Dr Hasan Ali, Dato’ Zulkifli Noordin, Zahid Mat Arip, Ummi Hafilda, Gobala dan lain-lain boleh berceramah dengan bebas di padang atau di dewan milik PBT itu.

“Tidak sepatutnya undang-undang penggunaan harta MPT hanya terpakai kepada pembangkang seperti PAS sedangkan bagi Umno dna BN boleh menggunakan hak awam itu dengan bebas,” katanya.

Dalam operasi menurunkan bendera malam minggu baru-baru ini, MPT didakwa telah menurunkan bendera PAS sedangkan bendera Umno (yang dipasang sejak sempena larian Umno) dibiarkan.

Sebelum ini bendera besar PAS yang dipasang di pucak pokok berhampiran dekat Taman Sri Semantan telah diturunkan MPT dengan alasannya pokok ini kepunyaan MPT. Sedangkan, dakwa ahli PAS, bendera Umno dan BN dibiarkan sahaja.

Manakala satu masa dulu Ceramah Bongkar Perdana anjuran Umno telah diadakan di belakang Petronas Taman Sri Semantan (Batu 3) dan kemudahan ceramah disediakan oleh MPT sendiri.

Bagi PAS, sikap membelakangkan keadilan ini tidak sepatutnya belaku kerana orang PAS juga merupakan pembayar cukai dan tidak sepatutnya dibezakan hak dengan Umno.


Bukankah negara ini demokrasi, kalau begitu cara pemikiran dan tindakannya oleh pihak berkuasa maka tidak adalah gunanya pendaftaran parti-parti pembangkang, kerana hanya kelompok Umno saja yang boleh menggunakan segala-galanya.

GAMBAR:
1. Bendera Umno dibiarkan, bendera PAS diturunkan
2. Bukti, MPT menyiapkan kemudahan untuk ceramah Umno
3. Bendera 'gergasi' PAS ini akhirnya diturunkan MPT




4 comments:

  1. Kalau atas pokok kena turunkan,cuba pacak tengah sungai temerloh lak...
    Ada brani???
    Takut sok dengan bendera bendera dan dengan PAS PASnya sekali hanyut.....bukan kerana MPT tapi dilanggar balak hanyut sebagai tanda amaran Allah Azza Wajjalla kerana Mursyidul @ samdol PAS yang mempersendakan hukum Allah Ta'ala...

    ReplyDelete
  2. Cittt...
    bini sanderi pun tarak berani kasi suru tutop itu rambut... aurat... itu hukum Allah machaa... itu jantan Umno dayus machaaa

    ReplyDelete
  3. Kuasa pada mereka nak buat macam mane.

    ReplyDelete
  4. UMNO NI NAK KEKAL KUASA GUNA BONTOT.

    1998 BONTOT AZIZAN.
    2008 BONTOT SAIFOOL.
    2012 BONTOT TENTERA PENCEN.

    SAH DULU KINI SELAMA NYA UMNO KAKI BONTOT..

    ReplyDelete