Monday, April 18, 2011

Pejabat PAS Pahang diceroboh, dicuri

Ekoran bangunan pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato’ Bahaman, Temerloh yang diceroboh masuk kelmarin sehingga menyebabkan kehilangan barang-barang strategik, Seiausaha Perhubungan PAS Pahang mengingatkan agar semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seluruh Pahang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan kawalan termasuk ke atas pimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan.

Sabtu lalu, pejabat PAS Pahang telah diceroboh masuk oleh mereka yang berkepentingan. Dalam kemalangan itu, sebuah komputer riba, tiga LCD, sebuah external hard disk dan wang tunai telah hilang. Empat keping atap genting dan sekeping siling berukuran 4 x 4 kaki ditingkat tiga, musnah.

Pencerobohan hanya disedari oleh staf pada sebelah pagi hari Ahad.

Penceroboh dipercayai terdiri daripada beberapa orang dan dipercayai memecah masuk ketika ketiadaan kakitangan di pejabat dan menggeledah di tempat-tempat yang seolah-olah diketahui strategik. Satu laporan polis telah dibuat.


No comments:

Post a Comment