Monday, April 4, 2011

Pemuda PAS Kuantan berkonvoi agih barang keperluan

KUANTAN: Ketika rata-rata rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang yang melambung pada masa ini, golongan yang memerlukan tidak dilupakan.

Serentak dengan itu, 100 anggota Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan kelmarin turun padang disekitar parlimen ini untuk mengagihkan barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak serta keperluan-keperluan dapur yang lain.

Program yang dinamakan “Konvoi Kebajikan Bermotosikal” menjelajah Parlimen Kuantan itu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga Jam 7.00 malam dengan turut disertai oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Ustaz Rosli Abdul Jabbar.

Rosli berkata, program tersebut diatur dan dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan yang susah terutamanya golongan nelayan.

“Akhir-akhir ini menjadi halangan kepada mereka untuk turun ke laut kerana hujan yang tidak menentu. Kita harap sekurang-kurangnya sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan mereka," katanya ketika mengagihkan barangan dan risalah di Kampung Tanjung Lumpur dan Peramu dekat sini.

Dalam pada itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim berkata program tersebut merupakan aktiviti sumbangan sepanjang masa mengikut keperluan.

“Program yang dilaksanakan ini melangkaui perbezaan fahaman politik, kita bagi semua kepada mereka yang layak tak kira PAS atau Umno dan dalam masa yang sama kita nak beritahu kepada rakyat di Parlimen Kuantan bahawa kita mampu menerapkan konsep kebajikan kepada masyarakat sekiranya kita memerintah”.

CAPTION:
1. Rosli Jabbar sedang mengagihkan sumbangan
2. Fadli turut menyerahkan berangan
3. Konvoi Pemuda yang turun padang mengagih barang keperluan

No comments:

Post a Comment