Friday, April 1, 2011

500 bantah operasi Lynas

KUANTAN: Marah dengan kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang memberi jaminan kononnya kilang Lynas Corporation tidak merbahaya, 500 penduduk Kuantan hari ini berdemonstrasi selepas Solat Jumaat di hadapan Masjid Balok.

Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" itu diisi dengan pidato berapi oleh beberapa pemimpin serta edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Suhaimi Md Saad, Adun Beserah Syed Mohamed Tuan Lonik, Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota Saudara Andansura, Setiausaha Kerja PKR Pahang Kamarul Hatta Ali dan ramai lagi.
Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Jasmani Yusoff turut hadir memantau dan mengawal.

Kerajaan negeri Pahang sebelum ini telah bersetuju dengan pembinaan kilang Lynas yang berasal daripada Australia, bagi memproses nadir bumi (rare earth) bagi tujuan industri. Bahan tersebut diperolehi daripada Australia manakala sisa pemprosesan dibuang di kilang Lynas di Gebeng.

Sebelum ini terdapat kebimbangan bahawa sisa tersebut mengandungi sisa bahan radiasi yang amat memerbahayakan manusia dan kelestrian alam sehingga kewujudan kilang berkenaan dibantah dikebanyakan negara melainkan Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, telah pun berhujah di parlimen mengenai risiko yang bakal dihadapi rakyat,

Penghujung mingga lalu, PAS Kawasan Kuala Krau dan PAS Kawasan Paya Besar telah meluluskan usul mendesak kerajaan Pahang memberhentikan operasi kilang yang mengancam nyawa generasi akan datang itu.


No comments:

Post a Comment