Tuesday, April 12, 2011

Muhyiddin ‘terhutang nyawa’ dengan Kapten Sahimi?

Pagi ini, ada rakan-rakan yang secara bergurau mengatakan: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘terhutang nyawa’ dengan juruterbang helikopter, Kapten Sahimi Razali.

Kapten Sahimi meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi di Hospital Sibu, akibat cedera parah setelah kenderaan yang dipandunya itu terhempas selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Muhyiddin yang sedang tenat berkempen di pilihan raya negeri Sarawak ketika ini.

Menurut laporan media, kejadian berlaku pada jam 1.50 tengahari semalam selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

Helikopter tersebut kemudian hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, malangnya jatuh ketika cuba mula terbang ketika berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki. Dipercayai, helikopter dalam keadaan hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh.

Semua ini takdir dan iradat Allah SWT. Bersyukurlah kita dengan apa jua kehendakNYA.

Cuma, moral ceritanya mudah. Dalam keadaan kita begitu ‘hilang kawalan’ berkempen dan berceramah, janganlah sampai menuduh orang itu ‘jembalang’ dan orang itu ‘hantu’. Pada ketika ini kita berpolitik dan berpilihan raya, justeru jangan hanya kerana berbeza parti politik lawan kita disembur dan dihambur dengan kata-kata yang mengaibkan orang lain.

Sebagai pemimpin, berpolitiklah dengan matang.

Berikanlah rakyat peluang untuk menilai dan memilih mana satu parti gabungan yang terbaik. Rakyat Sarawak telah memberikan parti Muhyiddin kuasa memerintah sejak tahun 1963 dulu lagi. Jadi mereka berhak menilai sama ada sepanjang kurang dua tahun setengah abad itu, berbaloi atau tidak kekuasaan diberikan berterusan kepada parti Muhyiddin berbanding taraf sosio-ekonomi kehidupan mereka.

2 comments:

  1. Mengikut rakan facebook, kapten sahimi merupakan ahli PAS Serdang.
    Kesahehannya masih disiasat...

    ReplyDelete
  2. muhyiddin pergi melawat jenazah allahyarham tak kat kelantan tu, kalau tak memang tak malu dan memang tak berhati perut

    ReplyDelete