Wednesday, April 6, 2011

Lagi mati, berhantukah pejabat SPRM?

Jika dulu heboh dan kecoh dengan kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, hari ini seorang pegawai kastam pula ditemui mati dipercayai terjatuh di bangunan SPRM.

mStar Online melaporkan, seorang pegawai kastam yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.

Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau kemudian pegawai kastam berkenaan tidak ada, kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.


1 comment:

  1. Heran juger,dah bebas 2 hari,datang balik,lepaih tu dijumpai mati.Tak kan dier datang kesitu semater2 utk menamatkan riwayatnyer disaner.Walau mcmaner pon ucapan takziah kpd keluarger simati.

    ReplyDelete