Jika dilihat trend orang Umno sekarang, terutama dalam hal menuduh pemmimpin pembangkang ialah dengan memainkan isu sumpah. Kononnya, yang menuduh berani bersumpah demi untuk membenarkan dakwaan mereka.
Pendek kata, cabaran bersumpah sudah menjadi senjata kepada puak ini untuk mencabar lawan mereka, kononnya untuk mencari kebenaran. Oleh yang demikian, sekarang ini tidak hairan lagi jika terdengar laungan sumpa di sana sini, sebab mereka tahu kefahaman orang Melayu yang tidak berilmu tentang sumpah, amat menakutkan.
Terbaru, lidah rasmi Umno Utusan telah menyiarkan bahawa Trio Datuk T sanggup bersumpah demi menguatkan dakwaan atau fitnah mereka berkaitan video lucah yang mereka arahkan, terbitkan, tayangkan dan diedarkan pula lalu disokong oleh Umno.
Dalam kenyataan yang dapat liputan meluas akhbar rasmi Umno itu, mereka sanggup bersumpah walaupun di depan kaabah. Mereka juga mencabar para ulamak tertentu membuat sumpah laknat, kononnya untuk membenarkan fitnah yang mereka cipta.
Sebelum ini, di facebook ramai 'pejuang-pejuang maya' Umno yang mencabar supaya Anwar bersumpah itu dan ini. Mereka berhujah beralaskan sumpah itu dalam keadaan mereka jahil. Kononnya, kalau benar kenapa tak berani bersumpah?
Sebenarnya jika menurut seorang pendakwah, Ustazah Fatimah Az-Zahra, kerja bersumpah ini sebenarnya kerja orang munafik. Sebab oleh kerana mereka tahu mereka bohong, demi untuk meyakinkan orang ramai supaya pembohongan mereka diterima, maka mereka pun beriya-iya mahu bersumpah.
Kononnya supaya orang takut dengan sumpah, tetapi hakikatnya kepercayaan dan kefahaman penyumpah-penyumpah ini adalah sama seperti kefahaman Hindu dan animisme. Tetapi apa boleh buat, itulah kejahilan!
No comments:
Post a Comment