Friday, April 13, 2012

Tak mahu mansuh hutang PTPTN kerana IPTS kroni

Apakah maksud yang tersirat di sebalik begitu beria-ia benar dan betapa cemasnya pemimpin Umno yang menguasai negara apabila Pakatan Rakyat (PR) menawarkan pemansuhan hutang mahasiswa PTPTN oleh kerajaan sekarang?

Kenapa pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup mengelirukan rakyat dengan membandingkan wang pinjaman menuntut pengajian di universiti seperti hutang peribadi di bank dan sebagainya yang wajib dibayar?

Apa pula muslihatnya lidah rasmi Umno Utusan Meloya itu yang tergamak mengatakan memansuhkan wang membiayai pendidikan pelajar warganegara ini boleh menjejaskan Melayu?

Kenapa puak-puak kapitalis Umno kelihatan begitu cemas dan gentar dengan janji PR ini?

Jawapnya ialah kebanyakan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) kebanyakannya adalah milik kroni Umno (termasuk milik seorang pemuka Umno Pusat), MCA dan MIC yang bergantung nyawa kepada PTPTN.

Bak kata seorang sahabat Syed Putra Ahmad dalam komen facebooknya, PTPTN adalah kaedah 'manis' untuk menyalurkan dana awam kepada golongan (yang berniaga dengan pembelajaran) ini, sekali gus tidak menjamin mutu pendidikan yang ditawarkan.

Ada juga yang berhujah seperti Noraizan Ab Halim ini, kalau dilihat secara negatif, begitulah adanya...tapi tidak dinafikan ptptn banyak membantu merealiasikan impian yang sukar dicapai sebelumnya disebabkan halangan2 atau kelemahan2 tertentu....

Tetapi kata Pas Dun Guai: Ini bermakna pemansuhan PTPTN tidaklah menjejaskan Melayu (pelajar )..yang terjejas ialah IPTS. Juga bermaksud bukan isu rakyat, tapi isu kroni...Oleh itu sebaiknya rakyat diajak sokong PERUBAHAN dalam PRU 13 ni..dengan memberi mandat kepada PR.

Kata Syed Putra Ahmad lagi: pendidikan, kesihatan, perumahan dan makanan dah menjadi bisnes yg bernilai beratus bilion ringgit setahun, semua orang (kroni kapitalis Umno yang selama ini berlumba-lumba bergantung hidup melalui wang rakyat atau dana awam) nak semangkuk. Cuba periksa syarikat/institusi besar yg terlibat dalam bidang ini, pasti anda akan jumpa 'talinya' yang berakhir pada orang politik dan elit masyarakat kita yg well-connected and well-placed. 'Penswastaan' apa-apa yg seharusnya menjadi milik Allah SWT dan Rasul SAW - milik manusia semuanya - adalah langkah pertama menuju perhambaan sesama manusia. Ini bukan perkara baru dan kita seharusnya sudah cukup dewasa untuk mengenalinya biar dalam wajah apa-apapun ia muncul.

Di sebalik semua ini, ada pula mahasiswa yang tiba-tiba marah dengan tawaran PR mahu menghapuskan hutang PTPTN yang memebelenggu mereka, yang menyenaraihitamkan mereka bahkan menghambat mereka hingga ke liang lahad!

Mengapa?

Jawapnya apabila selangkah sahaja mereka menghampiri Umno, bermakna pemikiran mereka terus diperbodohkan. Ia seumpama membenarkan kata-kata Menteri Wanita yang baru Najib Tun Razak (yang salah menyebut angka RM43 bilion kerana tak faham apa itu full settlement) bahawa negara akan bankrap apabila hutang PTPTN dihapuskan?

Barangkali pelajar-pelajar berotak Umno itu termakan dengan bandingan bahawa berhutang PTPTN untuk menuntut ilmu itu samalah dengan berhutang untuk berniaga, berhutang beli rumah atau untuk tujuan peribadi.

Berkenaan ancaman atau ugutan 'negara akan bankrap' ini telah acap kita dengar. Umpamanya Idris Jala mengatakan Malaysia kan bankrap pada 2019 jika rakyat tidak membayar cukai. Manakala pimpinan Umno yang lain pula berkata Tanah Melayu ini akan muflis jika PR melaksanakan tawaran seperti dalam 'Buku Jingga'.

Kenapa pula tidak disebut tentang penyelewengan? Salah guna kuasa? Pembaziran? Rasuah? Boros berbelanja untuk joli dan berpoya-poya? Selamatkan kompeni kroni? Ertinya, semuanya itu untuk menakutkan-nakutkan sementara pimpinan Umno menganggap kebanyakan orang Melayu masih bodoh untuk memahami isu ekonomi.

Tidakkah pendidikan itu merupakan pelaburan masa depan? Bukankah pemerintahan negara dulupun mengamalkan biasiswa sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan? Ertinya sekarang sudah terbalik apabila semuanya diswastakan termasuk bidang pelajaran. Tidakkah penuntut IPT merupakan aset negara yang akan dikembalikan jasa dan baktinya untuk ditaburkan di negara mereka sendiri nanti?

Konklusinya, penghapusan hutang PTPTN bukanlah menjejaskan pelajar-pelajar Melayu, sebaliknya menjadi ancaman kepada kapitalis-kapitalis Umno yang mahu berniaga pendidikan melalui wang rakyat, sebagaimana mereka lakukan dalam bisnes-bisnes lain!

3 comments:

  1. itu lah yang se benar nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujud masa Sheikh Al Juburi jadi Menteri Kewangan kan....

      Delete
    2. Kalau belajar percuma,anak anak yang dari keluarga berpendapatan rendah macamana?Misalnya anak yang tiada bapa atau tiada ibu manakala adik adik ramai yang masih bersekolah.Sekarang rata rata mereka tinggal menyewa diluar kampus.Macamana dengan makan minum?Bagi wanita sebulan sekali dah tentu bocor.Nak siapkan assignment berbunddle bunddle kertas diperlukan.Untuk itu komputer atau laptop diperlukan.Malah bermacam perkara dimanafaatkan dari kemudahan pinjaman itu.
      Malah anak bangsa kita tak bijak mana pun...yang protes diDataran Merdeka hari tu amek bidang seni lukis je...Kalau setakat seni lukis,belaja kat Central Market dengan pelakun Khalid Saleh pun boleh...
      Malah kalau dapat kejayaan cemerlang pinjaman itu tak perlu bayar.Ia dijadikan biasiswa je..Tapi kalau dah sibuk nak campur hal politik,pelajaran tah kemana,memang la kena bayar!
      Nak masuk U sekarang ni,dengan kelulusan SPM pun dah boleh.Tapi kalau dulu bila dah sampai tahap STP walaupun dengan 2 prinsipple dah nampak arah tuju mereka..itulah value University dulu..
      Orang kampong apa tau?Rakyat apa tau?Jangan terkejut kalau saya katakan ramai wanita penuntut U sekarang membuat part time kerja kerja maksiat(rumah urut,gro,pel....) untuk menampung belanja.Walaupun U tu diluar bandar,diutara atau diselatan tanah air,mereka kebandar2 setiap hujung minggu atau cuti semester.Antaranya diBukit Bintang,Bandar Sun Way,Subang Jaya dan merata rata lagi.Apa nak jadi dengan masa depan mereka??
      Jangan hanya kerana kepentingan politik masa depan anak anak bangsa kita hancur!

      Delete